Gambar terkini penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza, isteri kepada
Datuk K yang memperlihatkan 'baby bump'.
Desas desus yang mengatakan
bahawa Siti sedang hamil anak sulung terbukti berikutan sekeping gambar yang
mula tersebar menunjukkan Siti dengan bentuk badan yang semakin berisi dan perut
yang membuncit menguatkan lagi teka-teki peminat meskipun penyanyi itu masih
belum membuat pengesahan mengenainya.
Sebuah laman portal melaporkan,
gambar yang tersebar itu diambil baru-baru ini ketika mempromosikan Anugerah
Juara Lagu ke-30 (AJL30).
Menurut sumber, berita kehamilan Siti disahkan
oleh keluarga terdekat penyanyi itu apabila menyatakan kandungannya sudah
berusia hampir dua bulan.
Berita kehamilan Siti mula menjadi bualan
apabila penyanyi Hetty Koes Endang mengusap perutnya semasa konsert Satu Suara
Volume 2, di Istana Budaya minggu lalu.

Dalam konsert itu Hetty, berdoa agar Siti cepat hamil dan dikurniakan
zuriat.
Sehari selepas itu, muncul satu video di atas pentas konsert itu
apabila Hetty melarang Siti melompat dan terlalu agresif sambil menunjuk isyarat
di perut penyanyi itu.
Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma
dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu
mengandung.
Namun dalam satu sidang akhbar, Siti tidak menafikan dan
mengesahkan mengenai kehamilannya itu. Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi
cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.
Sumber: Myartis

0 Response to "2 Foto Baby Bump pertama Siti Nurhaliza"
Post a Comment