Dihargai atas usaha titik peluh menjadi pemangkin semangat seseorang. Begitu
yang terjadi dalam hidup Raja Ilya.
Pertama kali dicalonkan dalam
anugerah dan memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin
2015 (ASK2015), Raja Ilya menyifatkan itu permulaan baik buat dirinya untuk
terus berada dalam industri lakonan.
“Kalau boleh, kemenangan pertama itu
saya tidak mahu ia terhenti di situ sahaja. Saya mahu sentiasa memberi yang
terbaik dalam lakonan dan kalau boleh diiktiraf lagi.
“Saya ambil contoh
pelakon Fasha Sandha. Bila dia mula popular dan lakonan semakin mantap, dia
berterusan memenangi anugerah. Sekali gus, namanya bertahan lama dalam
industri.
“Sebaliknya, pada masa kini ramai yang menang anugerah tetapi
terus lenyap. Sama ada tidak aktif atau tidak mendapat tawaran bagus,” getusnya
yang turut menyenaraikan Lisa Surihani sebagai selebriti yang masih bertahan
dalam industri hiburan sehingga kini.
Watak
Sanggup mengetepikan minatnya
terhadap sesuatu watak, pelakon berusia 30 tahun itu percaya selera penonton
yang menyukainya membawa sesuatu watak itu jauh lebih penting.
“Bagi
saya, kepuasan pengarah, stesen televisyen dan penonton lebih penting daripada
kepuasan sendiri. Kalau penonton suka saya bawa watak psiko contohnya, saya akan
buat,” ujarnya yang bakal berlakon di samping bintang Bollywood iaitu Kajol
menerusi filem KL ke Bollywood.

Filem yang turut dibintangi aktor popular Shaheizy Sam itu mengisahkan
tentang Raja Ilya yang membantu Sam untuk berlakon di Bollywood. Ibarat mimpi
menjadi nyata, Sam dan Raja Ilya akhirnya dapat bertentang mata dan berlakon
bersama bintang kesayangan ramai itu.
“Rasa gementar sangat dapat
berlakon dengan Kajol. Saya tak tahu macam mana nak berinteraksi dengan dia. Tak
dapat nak bayangkan buat pertama kali jumpa dengannya. Masakan tidak, sejak dari
kecil suka tengok lakonannya. Kami akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur
dan juga Mumbai, India nanti.
“Selain itu, saya dan Sam juga kena
bercakap bahasa Urdu untuk filem KL ke Bollywood itu. Malah, penerbit juga
meminta beberapa pelakon untuk masuk kelas bahasa Urdu agar pertuturan menjadi
lancar dan semula jadi,” ujarnya dengan nada teruja.
Membawakan watak
sebagai wanita Punjabi dalam filem itu nanti, Raja Ilya turut memakai sari yang
menyerlahkan perutnya.
“Tunjuk perut tak ada masalah. Sebab masa berlakon
dalam filem Appalam arahan Afdlin Shauki, saya ada memakai sari. Memang trend
sari India macam itu,” ujar pelakon berdarah kacukan Melayu, Malayalam, Arab dan
Pakistan itu.
Ditipu
Pada masa sama, hatinya ibarat
dihiris sembilu tatkala mengenangkan beberapa kali percubaan untuk menembusi
pasaran filem Tamil berpengkalan di Tamil Nadu, India, sebelum ini tidak pernah
kesampaian.

Bukan apa, Raja Ilya yang fasih berbahasa Tamil dan Urdu itu diberi layanan
acuh tak acuh, bahkan turut diambil kesempatan oleh pihak produksi filem Tamil
tersebut sehingga membuatkan memori itu masih kekal dalam ingatan hingga
kini.
“Saya dapat tawaran berlakon watak polis dalam filem Tamil. Mereka
beritahu ada babak antara saya dengan bintang Tamil, Rajinikanth. Pada masa itu,
saya memang cukup teruja. Tiba-tiba mereka minta tolong saya carikan sebanyak 20
orang pelakon untuk watak-watak lain. Saya cakap itu bukan kerja saya. Mereka
merayu dan meminta saya mencarikannya juga. Saya terima dengan syarat mereka
membayar saya tetapi apabila saya minta bayaran mereka mengamuk dan selepas itu
terjadinya perbalahan antara kami.
“Pada saya, mereka tidak menghormati
artis Malaysia. Mereka tidak melayan saya dengan baik. Situasi di sana sangat
berbeza dengan cara kerja orang kita di sini,” luahnya.
Sumber: Bangangberita
0 Response to "“Tunjuk perut tak ada masalah..." - Raja Ilya"
Post a Comment