
Masa mula-mula beli handphone, hampir 60%
yang beli handphone akan bertanya, berapa lama nak caj handphone baru? Ada yang
kat kena caj handphone baru 8 jam. Ada yang kata tak perlu 8 jam, cukup sekadar
dah penuh.
Kini selepas setahun atau dua tahun guna handphone, masalah bateri
‘kong’ atau bateri cepat habis sangat biasa dengar, memang tiada solusi lain
kerana masing-masing menggunakan handphone untuk online 24 jam.
Tetapi
masalah timbul apabila charger handphone rosak. Sekarang kalau beli handphone
baru, charger datang berasingan dengan USB cable. Bukan macam dahulu yang
bersambung. Kalau charger rosak, yang rosak pasti wayar USB di bahagian kepala
yang nak dimasuk ke handphone ataupun wayar putus.
Kenapa caj bateri
handphone lambat penuh?
Dua perkara yang anda perlu tahu apabila handphone
anda mengalami masalah lambat masuk caj dan lambat penuh adalah kerana saiz
kapasiti output charger anda dan juga wayar USB yang anda gunakan.
1.
Kapasiti Output charger
Pernah ambil tahu mengenai kapasiti output
charger yang anda guna sekarang ni? Kelajuan pengecasan sesebuah handphone salah
satunya bergantung pada kapasiti output charger
Ada yang diberi charger
dengan output 800mAh, 850mAh, 1000mAh, 1200mAh, 1350mAh, sehingga
2100mAh.
Lagi besar saiz kapasiti output charger anda lagi cepat kelajuan
untuk caj handphone anda sehingga penuh.
Sebagai info tambahan, kapasiti
output charger adalah kadar aliran elektrik yang dikeluarkan dalam unit mAH
(mili Ampere Hour). Contohnya, jika ditulis di situ 2100mAH, bermakna kapasiti
maksima tenaga elektrik yang dikeluarkan adalah 2100 mili Ampere dalam masa
sejam. Jadi, jika bateri telefon anda berkapasiti 2100mAH, anda akan dapat
mengecas telefon anda dalam masa sejam dengan charger ini tanpa mengira
kehilangan tenaga ketika pengaliran.
Maka, bila kapasiti output charger
rendah, handphone akan caj agak lambat. Jadi memang lambat la penuh!
Tapi
kalau kapasiti charger anda dah 2100mAh tapi masih lambat, mungkin ada masalah
di wayar USB.
Sekiranya kepala charger rosak, agak sukar nak dapatkan kepala
charger 2000mAh keatas di kedai biasa. Melainkan beli yang original di kedai
handphone atau gadget. Harga dalam RM40.
2. Panjang dan tebal Wayar
USB
Ramai yang tak tahu, kepanjangan dan ketebalan wayar USB memainkan
peranan penting juga untuk pastikan handphone di caj penuh dengan
cepat.
Walaupun kapasiti output charger anda tinggi, tetapi kelajuan charge
tetap rendah, ini kerana wayar USB yang anda gunakan adalah jenis panjang dan
kurang tebal.
Kalau kita lihat wayar USB original yang kita dapat dari
pembelian handphone, bahan penebat wayar tersebut lebih tebal dan tidak terlalu
panjang.
Kalau di beli di kedai atau pasar malam, pelbagai jenis wayar yang
dijual, siap berwarna warni dan berlampu lagi. Tetapi apabila digunakan, pasti
apabila caj handphone lambat penuh.
Jadi, lebih baik beli wayar USB yang
tebal kerana wayar yang lebih tebal akan mengalirkan elektrik yang lebih
banyak.
Jadi sebelum nak beli charger dan wayar USB, perlu ambil kira saiz
kapasiti charger dan juga ketebalan wayar USB. Supaya tiada masalah apabila caj
bateri handphone lambat penuh.
0 Response to "2 Sebab Kenapa Bateri Telefon Anda Lambat Penuh Bila Dicas Semula"
Post a Comment