
Perkongsian ini dipetik daripada laman FB Mizs
Sophia. Seperti yang viral sebelum ini tentang petua menggunakan bawang putih
pada tapak kaki bayi untuk melegakan demam selsema dan batuk. Ramai juga yang
mempraktikkan petua ini dan ini adalah salah satu perkongsian seorang ibu yang
telah mempraktikkannya. Ikuti apa yang terjadi pada anaknya:
Ibu-ibu
sekalian please take note ape yang saya nak SHARE ni ya-


Pengajaran
yang saya dapat selepas mencuba Petua hilangkan selesema menggunakan teknik
bawang putih (Elak sebelum terkena):
1.
Kenali jenis kulit baby anda (Nasib saya Baby Medina jenis kulit sensitif.
Setiap baby punya kulit yang berbeza, untung bagi mommy yang ada baby kulit
normal. Yang ni nak amalkan apa2 petua pun tak apa sebab kulit normal)
2.
Sebelum amalkan apa2 petua, pastikan teknik yang digunakan termasuk persekitaran
BEBAS KUMAN (mata kasar nampak okay jer tapi kadang cara kita tu dah terjamin
kebersihannya kita tak tahu. Sebab tu setiap produk yang nak
dikeluarkan/dipasarkan kena melalui lab test utk menguji BEBAS KUMAN atau pun
tidak). Pesan Pakar Kanak2 tadi, memadai sekadar menggunakan Minyak Telon/Yuyi
sahaja.
3.
Doktor INFORM cecair yang berkumpul di tapak kaki (gelembung) tu adalah MUKUS
(Lendir dari dalam badan yang ditarik keluar oleh bawang putih). Tapak kaki Baby
Medina ditoreh untuk pastikan mukus tu keluar sepenuhnya dan diberikan ASPIRIN
untuk cuci luka & Krim Antiseptik untuk elakkan INFECTION. (PART NI MEMANG
KENA BERI PERHATIAN LEBIH) Esok jika masih gelembung lagi memang nak kena pergi
PMC segera untuk keluarkan lagi mukus yang terperangkap bawah tapak kaki. (ADA
TAK KAWAN2 DI SINI YANG CHILD SPECIALIST? BOLEH TERANGKAN BAIK/BURUK MUKUS NI
TAK?)
**Now
Baby Medina demam kesan daripada panas bawang putih semalam. Bak kata Doktor,
masalah nya bukan pada berapa helai stokin yang digunakan, kalau kulit baby
zahirnya dah SENSITIF, if berlapik 10 stokin pun akan beri kesan melecur yang
sama mcm Baby Medina.
Coz
semalam teknik yang saya gunakan lebih kurang sama sahaja seperti yang kawan2
amalkan cuma bezanya saya balut bawang putih tebal2 dengan tisu yang kering
(ketebalan sama mcm menggunakan 2 stokin) sebelum saya pakaikan stokin. Tak apa
lah nasib Baby Medina ALERGY dengan bawang putih, kalau tak cuba petua semalam
saya pun tak tahu anak saya alergy bawang putih. Moral of the story, setiap apa
petua yang kita nak amalkan, peringatan untuk kawan2 yang bergelar IBU juga,
jika yakin petua yang diamalkan terjamin 100% kebersihannya dan bebas kuman,
baru lah amalkan. Semoga cepat sembuh Princess Mummy.. Sedey mummy tengok kaki
kamu. Dah ler hidung sumbat, batuk nya lagi.. Mummy selalu doa biarlah semua
sakit kamu pindah pada mummy pun tak apa. Jangan kamu yang sakit..
**Melalui
perkongsian ini, ramai netizen telah memberikan komen dan pendapat
masing-masing, ada yang telah mencuba dan berjaya dan ada juga yang mengalami
nasib yang sama seperti wanita ini.

0 Response to "(7 Gambar) Gara-Gara Amalkan Petua Bawang Putih, Anak Wanita Ini Dikejarkan Ke Hospital"
Post a Comment