
Berbeza dengan musim pertama tahun lalu,
impak pertandingan ini nyata lebih terasa kali ini.
Ramai berpendapat GV2
benar-benar berjaya mengembalikan kegemilangan sebahagian besar bintang yang
menyertainya.
Berdasarkan perbualan di laman sosial, kami senaraikan lima
sebab mengapa GV2 menjadi trending musim ini.
1. Penyertaan penyanyi
berkelas A
Majoriti peserta tahun ini adalah penyanyi yang berada dalam
kelas tersendiri dan bukannya one hit wonder. Kebanyakan daripada mereka punya
lebih daripada lima buah lagu yang menjadi siulan ramai satu ketika dahulu. Nama
mereka juga bukan calang-calang pada zaman mereka.
2. Siti Nordiana
(Nana) dan Faradhiya
Tanpa mengetepikan saingan dan pengaruh dari peserta
lain, dua nama ini memberi impak yang bukan sedikit kepada penonton. Ramai yang
melihat kedua-dua mereka seperti baharu keluar dari kepompong; Nana berjaya
meletakkan dirinya jauh daripada identiti penyanyi remaja, manakala Faradhiya
membuatkan penonton kembali mengingati bahawa forte asalnya adalah
nyanyian.
3. Nabil dan Jihan
Gandingan dua pengacara ini menerima
reaksi yang bercampur baur daripada penonton di peringkat awalnya. Nabil
terutamanya, sering dikritik gara-gara sikapnya yang gemar menyampuk ketika juri
memberikan komen. Namun hakikatnya, mereka adalah penyumbang kepada kemeriahan
GV2. Ini terbukti apabila penonton mula panik selepas pihak produksi menggertak
untuk menyingkirkan kedua-dua mereka.
4. Juri
Penglibatan juri
juga antara faktor yang membangkitkan 'seri' GV2. Pengarah muzik terkenal, Datuk
Ramli MS, pernah digeruni kerana ketegasan dan personalitinya yang nampak
garang. Namun itu semua cerita lama kerana semenjak kebelakangan ini, beliau
tampak lebih relaks, sekaligus menyerlah sisi humour yang dimilikinya.
5.
Pemilihan lagu
Konsep Gegar Vaganza yang lebih mengutamakan lagu-lagu
yang pernah popular di era 80an dan 90an sememangnya menjadi. Lagu-lagu di dua
zaman itu kebanyakannya malar segar, dan sudah tentu membuatkan penonton
ternanti-nanti gaya persembahan dan nafas baharu dari peserta yang bertanding
0 Response to "5 Sebab GegarVaganza Menjadi 'Trending' Musim Ini"
Post a Comment