KUALA LUMPUR: Muzium yang dibina bagi mengenang sumbangan
pengarah tersohor Yasmin At Kong Heng berdepan dengan risiko ditutup akibat
tiadanya sokongan kewangan yang kukuh.
Muzium itu yang dirasmikan pada 15
November tahun lalu mengabadikan kenangan dan memorabilia yang ditinggalkan
oleh pembikin filem tersohor itu.
Terletak di Ipoh, Yasmin
At Kong Heng merupakan ilham ibunya, Inom Yon.
Muzium itu melancarkan
satu laman pengumpulan dana 'Start
Some Good" bagi mendapatkan orang ramai menyumbang
untuk muzium itu terus dibuka.
Setakat ini seramai 124 penyumbang telah
menghulurkan hampir USD18,143 dengan meletakkan USD70,000 sebagai
sasaran.
Antara penderma termasuk agensi pengiklanan yang cukup sinonim
dengan Yasmin iaitu Leo Burnett Malaysia yang menyumbang USD2,500, Leo Burnett
Asia Pasifik sebanyak USD3,500, penerbit Amir Muhammad, penerbit muzik Pete Teo
dan ramai lagi penyumbang yang enggan nama mereka disiarkan.
Yasmin Ahmad bukan sahaja
pengarah filem tersohor yang dikenali menerusi filem-filem ikonik seperti Sepet
dan Muallaf, malah iklan-iklan Petronas sempena perayaan merupakan karya beliau
yang telah meraikan kepelbagaian bangsa di Malaysia.
Sumbangan boleh
dibuat di laman web Start
Some Good dengan sumbangan yang termampu. Sumbangan berkadar USD50, USD120,
USD240, USD1180 dan USD2360 akan mendapat memorabilia istimewa.
Inilah
masanya untuk anda mengucapkan terima kasih atas legasi hebat yang ditinggalkan
oleh Yasmin Ahmad.
0 Response to "Kasihan...Pengarah Tersohor Yasmin Minta Sumbangan Untuk Terus Hidup"
Post a Comment