Lelaki selalu dikaitkan
dengan perangai nakal ala-ala ‘bad boy’. Tapi tak bermakna lelaki ‘bad boy’ ini
lelaki jahat. Nakal je!
Menjadi ‘bad boy’ ni
boleh dikatakan sikap semula jadi yang ada pada lelaki. Bila ditanya pada
perempuan nak lelaki macam mana, mesti jawapan diaorang nak yang baik dan
setia.
Tapi, ramai je yang
memilih lelaki ‘bad boy’ kerana mereka ini sangat disenangi oleh gadis-gadis
kerana sikap mereka.
Jadi, ini antara 7 sebab
kenapa perempuan lebih tertarik dengan lelaki yang bergelar ‘bad
boy’.
BAD BOY sentiasa
yakin
Keyakinan yang dalam
diri seorang lelaki membuatkan gadis mudah tertarik. Lelaki jenis ini jenis yang
berterus terang. Kalau suka, dia akan cakap suka. Selalunya ‘bad boy’ ni jenis
agresif dan cepat bertindak, tapi tidak ‘gopoh’.
Setiap ayat
POWER!
Lelaki ‘bad boy’ akan
mulakan topik perbualan yang ringan dan tidak gelojoh untuk terus minta nombor
telefon. Mereka tidak akan bertanya tentang isu semasa atau pun pelajaran yang
sememangnya membosankan.
Selalu jadi
WIRA
Mereka selalu menjadi
wira penyelamat jika kereta rosak atau pun memerlukan bantuan. Kadang-kadang
mereka muncul tanpa diduga untuk mengambil hati anda.
Dia “MAT
JIWANG”
Lelaki nakal biasanya
pandai main alat muzik. Mereka mampu mencairkan hati wanita dengan alunan muzik
dan suara sahaja. Lebih jiwang, jika mereka tujukan lagu khas untuk
anda!
STAILO
Habis!
Tidak dinafikan lelaki
nakal pandai dalam soal berfesyen kerana mereka mahu sentiasa nampak sempurna
dan kacak di mata wanita.
Pandai buat
LAWAK
Nama pun lelaki nakal,
sah-sah mereka ini jenis pandai ambil hati dan berlawak. Gadis-gadis mesti akan
cair kalau dapat lelaki jenis macam ni.
Sentiasa
TERSENYUM
Cuba tengok lelaki ‘bad
boy’, mesti mereka akan sentiasa tersenyum dan tersengih je macam kerang busuk.
Tapi, senyuman itu juga la buat wanita cair dan mudah untuk mendekati
wanita.
Sumber
HASANUVA
0 Response to "7 Sebab Kenapa Wanita Lebih Tertarik Pada ‘Bad Boy’!"
Post a Comment