Kuala Lumpur – Timbul khabar
angin mengatakan keputusan Syatilla Melvin, 24, yang mengenakan hijab sekitar
dua minggu kerana pelakon yang kerap dikaitkan dengan Shaheizy Sam ini bakal
menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.
Memetik laporan Kosmo!,
pemilik sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini berkata, penghijrahannya
itu tidak mempunyai kaitan dengan desakan atau permintaan mana-mana pihak.
Sebaliknya hasrat untuk mengenakan hijab telah lama datang beberapa bulan yang
lalu.
Saya kini sudah berhijab
sepenuhnya sejak dua minggu yang lalu. Bagaimanapun, saya ingin tegaskan bahawa
keinginan untuk berhijab datang daripada diri saya sendiri, bukan desakan orang
lain.
Bagi saya, jika mahu berhijab,
mengapa perlu menunggu saat sebelum berkahwin? Hidayah itu datang dengan
sendirinya.
Rasa untuk berhijab datang
sewaktu saya sedang menjayakan penggambaran drama bersiri Cinta Samar. Namun,
hasrat hati terpaksa ditahan kerana saya perlu menjaga kesinambungan drama
tersebut.
Bagaimanapun dari sehari ke
sehari, rasa ingin berhijab semakin menebal. Alhamdulillah, sebaik sahaja tamat
penggambaran, saya terus mengenakan hijab,” katanya.
Tambahnya lagi, sebolehnya dia
mahu mengelak daripada menerima watak yang memerlukannya bersentuhan dengan
pelakon lelaki.
“Apabila sudah bertudung, adab
dan kesopanan sebagai seorang wanita perlu dijaga. Jika boleh, saya akan elak
watak yang memerlukan bersentuhan dengan pelakon lelaki,” katanya yang kini
sedang menjalani penggambaran drama bersiri untuk TV AlHijrah berjudul Kemboja
Di Hati.
0 Response to "SYATILLA ELAK SENTUH LELAKI, BAKAL BERNIKAH"
Post a Comment