
Ramai
Tak Tahu! Tajuk dan Nama 8 Filem yang diharamkan siarannya di Malaysia! Walaupun
filem sebenarnya bertujuan untuk hiburan, namun terdapat sesetengah filem yang
diharamkan oleh Malaysia.
Entri Kontroversi dan Informasi ini merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ramai Tak Tahu !! Inilah 8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia !
Entri Kontroversi dan Informasi ini merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ramai Tak Tahu !! Inilah 8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia !
8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia
Walaupun
filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat juga
sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau
menyinggung perasaan penonton sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa
diharamkan dari ditayangkan.
Malaysia
juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem
(LPF) juga sentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsurkan seksual,
keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.
Berikut
merupakan senarai lapan buah filem antarabangsa dan juga tempatan yang
diharamkan ditayang di Malaysia. Inilah 8
Filem yang diharamkan di Malaysia.
Fifty Shades Of Grey
Filem
yang diangkat dari sebuah novel popular ‘Fifty Shades of Grey’ ini sememangnya
dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia. Bagaimanapun pengedar filem di
Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem
tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan
sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama
apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson
dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornografi.
S*x Tape
.jpeg)
Filem
ini adalah filem kedua berunsur s*ks yang diharamkan di Malaysia pada tahun
2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul
filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang s*ks, maka tidak hairanlah ia
diharamkan. Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton filem di
Internet.
The Wolf Of Wall Street
.jpeg)
Filem
yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di
Malaysia kerana terdapat kelucahan, babak bogel serta seks. Selain itu, filem
arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah ‘F**K’
paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau
2.81 kali seminat. Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di
sini.
The Raid 2 : Berandal
.jpeg)
Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans “The Raid: Redemption” pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu “The Raid 2: Berandal” ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini.
NOAH
.jpeg)
Filem
yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini
mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan
memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan
Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis
Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang
dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain
Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab
Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi
Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson. Malah
institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang
mengharamkan filem ini.
I Spit On Your Grave
.jpeg)
Filem
yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan
lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat
banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya
Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan
Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.
Dukun
.jpeg)
Filem
seram tempatan “Dukun” arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya
dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007. “Dukun” merupakan sebuah filem yang
diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik
Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu
hitam.Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan
filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung
perasaan keluarga yang terlibat.
Banglasia

Filem
yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di
seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem “Banglasia” telah diharamkan
dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara
(LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan
filem.Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90
peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat
penggambaran semula.
Malah
“Banglasia” turut tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau
dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di
rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan
undang-undang.
Ramai
Tak Tahu! Tajuk dan Nama 8 Filem yang diharamkan siarannya di Malaysia! Walaupun
filem sebenarnya bertujuan untuk hiburan, namun terdapat sesetengah filem yang
diharamkan oleh Malaysia. Credit : Glepor
0 Response to "8 Filem yang diharamkan di Malaysia yang ada tidak tahu"
Post a Comment