Kuala Lumpur: Menang dapat wang tunai dan
hadiah telefon pintar manakala ‘kalah besar’ pula mendapat habuan perempuan
jalang.
Itulah antara promosi digunakan pemilik sebuah pusat judi siber haram yang berselindung di sebalik premis sukan snuker di Sri Petaling, di sini.
Bagaimanapun premis haram itu diserbu pihak berkuasa menerusi Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) Siri 17, di sekitar Sri Petaling dan Jalan Kuchai lama, di sini, kelmarin.
Turut diserbu adalah adalah dua pusat siber kafe dan dua pusat hiburan haram yang menjalankan aktiviti menyalahi peraturan.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, hasil serbuan terhadap premis terbabit menemui bilik yang menyediakan mesin khas dan komputer bagi aktiviti perjudian.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis yang beroperasi sejak enam bulan lalu itu menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen.
“Kami difahamkan premis judi terbabit menyediakan ganjaran wang tunai dan telefon pintar. Namun bagi yang kalah judi melebihi RM1,000, pelanggan akan mendapat habuan wanita pelacur untuk satu malam bagi menghilangkan rasa kecewa akibat tewas berjudi.

![]() |
ADNAN (kiri) mendengar penjelasan pegawai di lokasi operasi. |
Adnan berkata operasi terbabit dilakukan dengan kerjasama 17 agensi penguatkuasaan lain antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jawatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Katanya, seramai 334 pegawai dan anggota penguatkuasa dikerah untuk memeriksa premis yang disyaki menjalankan kegiatan haram dalam operasi yang bermula jam 11 malam kelmarin.
“Dalam operasi itu, sebanyak tiga pusat judi siber dan dua pusat hiburan didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen mengikut Seksyen 4(2) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 1992 dan kaedah-kaedah Pusat Siber atau Kafe Siber WPKL 2012.
“Barangan dan peralatan mesin judi dirampas dianggarkan lebih RM180,000.
“Seramai 54 warga asing ditahan. Empat daripadanya tidak memiliki pas lawatan yang sah dan selebihnya disyaki melanggar peruntukkan mengikut peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Manakala lima lelaki tempatan yang dipercayai menjadi tonto turut ditahan bersama peralatan ‘walkie-talkie’ selepas didapati cuba untuk mengekori dan membocorkan maklumat operasi,” katanya.
0 Response to "Habuan perempuan jalang"
Post a Comment