Sebelum ini Siakapkeli ada
kongsikan di page Siakapkeli gambar suami yang hebat yang tiada kaki yang
menolong isterinya di dapur dan juga sebagai tukang rasa.
Kisah itu nampaknya mendapat
perhatian ramai dan ramai likers Siakapkeli tertanya-tanya kenapa dengan
suaminya, adakah dia sebegitu sejak kecil atau terlibat dalam apa-apa
kemalangan.
Cari punya cari, "stalker"
punya "stalker" akhirnya jumpa ceritanya, serius sedih Sk baca kisah ni, sungguh
tabah seorang isteri dan suami yang memang hebat.
Berikut adalah apa yang
ditulis oleh Ibu Aisy
Anaqi di laman
Facebooknya.
Semalam sembang dengan suami
pasal kes kemalangan,dimana isteri penunggang maut. Kemudian Suami buka cerita
pengalaman dia masa kemalangan.
Abang bertembung dengan motor
lain,jatuh atas jalan,Abang tak boleh bangun sebab kaki Abang tak boleh
bergerak. Sebuah lori tak sempat brek,lalu atas Abang. Abang nampak segalanya
gelap,Abang dengar bunyi kuat dari lori,Abang sedar yang Abang betul2 bawah lori
tu. Masa tu Abang tawakal sama ada mana2 bahagian badan Abang mungkin digilis
lori. Abang terbayangkan Sayang & anak2.
Sekelip mata Abang nampak
cahaya terang,Abang nampak langit. Lori dah melepasi Abang. Ada orang terus
tarik Abang ketepi bahu jalan. Abang tahan sakit yang amat sangat. Tak
lama.Abang nampak kereta Sayang lalu.
Abang nak tahu macamana
Sayang masa tu? Sayang dapat call dari Kak jiah
Kak jiah: Adda,maman jatuh
motor
Adda: Jatuh kat
mana?
Kak Jiah: Area
glenmarie
Talian terputus.. kemudian
call semula
Kak jiah: Adda,maman kena
langgar
Adda: Ok
Masa tu Sayang tak rasa
panic,tak tahu kenapa. Sayang masih tenang.
Sayang terus drive menghala
tempat Abang kemalangan. Dari jauh Sayang nampak motor Abang sebelah kanan
jalan. Jalan hampir sesak.Sayang cuba mencelah dicelahan kereta. Sayang nampak
Abang sebelah kiri jalan,tersandar.
Sayang minta orang ramai
angkat Abang masuk dalam kereta. Sayang pecut laju. Semasa drive,Sayang tak
menangis tapi seluruh tubuh Sayang menggigil. Sayang tanya Abang banyak kali,
"Macamana Abang bawa motor sampai boleh accident",Abang diam je. Abang menahan
sakit.
Sayang teruskan drive, jam
hampir 8pagi,jalan agak sesak. Sayang drive laju,mencelah selagi
boleh.
Sampai juga depan hospital.
Abang terus masuk red zone. Abang diam tak bersuara menahan sakit.
Doctor bergegas buat
rawatan,fizikal Abang tak ada luka walau sedikit. Abang jalani Xray,tulang kaki
kanan Abang patah. Jam 10pagi lebih kurang,doctor cakap kaki Abang
membengkak.
Doctor aturkan CT scan,salur
darah dikaki Abang putus. Doctor cakap perlu transfer HKL kerana sini tak ada
pakar untuk operations ni. Doctor cakap sebelum jam 1tengahri kena buat
operations kalau tak,kaki Abang mesti dipotong. Sayang terus lemah longlai
menyembah bumi.
Doctor cakap tunggu
ambulance,ambulance tak ada. Jam dah hampir 1tengahari,Sayang sempat bisik
ditelinga Abang,apapun jadi lepas ni kita kena redha. Jam 1tengahari baru kita
bergerak dari HTAR. Dalam ambulance,oksigen Abang drop,tekanan nadi
slow.
Masa tu hujan lebat
sangat,jam 1.30t engahari sampai HKL. Doctor pakar terus merawat Abang. Ibu kena
keluar sekejap,tiba2 doctor panggil Sayang. Sayang nampak Abang tahan
airmata.
Sayang tanya doctor,"Macamana
doctor?" Doctor terangkan situasi & next step. Sayang tengok kaki Abang
sudah mula membengkak,hitam,tiada darah mengalir. Sayang genggam tangan
Abang,Sayang senyum,tiada airmata mengalir,Sayang tahan emosi. Sayang masih
tersenyum,Abang tanya, "Macamana Sayang?". Sayang cakap,kita kena redha,macamana
pun keadaan Abang nanti,Sayang tetap bersama Abang" Abang cakap,"Abang masih nak
bersama Sayang & anak2". Abang terus buat keputusan,"baiklah doctor potong
je kalau itu yang terbaik"
Tapi Abang tak terus di
operations,Abang kena berpuasa dulu.
Masa tu Anaqi masih menyusu
badan,dalam kekusutan tu Sayang masih berusaha untuk perah susu demi Anaqi.
Sayang asyik fikirkan anak2 je.
Didalam wad,Abang menahan
sakit. 4x doctor cucuk morfin. Doctor tak boleh bagi lebih takut effect teruk.
Setiap masa Abang minta air tapi doctor tak bagi minum,Sayang basahkan bibir
Abang dengan air sikit2. Sayang tak mampu tengok Abang kesakitan. Sayang ajak
Abang beristighfar sama2 hingga akhirnya Abang terlena. Kesakitan terhenti
seketika. Jam 1pagi Abang dibawa ke dewan bedah.
Sayang menanti dengan
kesabaran. Sayang tertidur atas lantai depan dewan bedah. Jam 5pagi Abang keluar
dari dewan bedah,Sayang nampak keadaan Abang disebalik selimut yang menutupi
Abang.
Ada kekurangan disitu. Lagi
sekali Sayang longlai. Sayang kuatkan semangat. Sayang disisi Abang setiap saat.
Jam 10pagi Sayang kejutkan Abang,Abang masih mamai. Sayang cuba tahan sebak
& airmata,Sayang tak nak Abang nampak kesedihan itu. Selepas 72jam Abang
operations,Abang nak buang air besar. Abang nak.pergi tandas tapi tak
boleh,Sayang suruh Abang pakai potty tapi Abang tak nak. Akhirnya Sayang
pakaikan Abang pampers. Hehe.. kelakar dah macam Aisy & Anaqi.
Lepas tu Abang tanya
Sayang,macamana nak cuci ni? Sayang kan ada,Sayang lah yang cuci. Kita sama2
tahan sebak. Allah eratkan hubungan kita dengan cara yang indah cmni. Hari
keenam Abang dihospital,Sayang dah mula bekerja,Sayang berulang alik dari KL ke
Klang,masa Sayang tengah kerja Abang call Sayang,Abang nak buang air kecik,Abang
malu nak minta bantuan orang lain.
Abang menangis call
Sayang,minta Sayang balik cepat,Sayang bergegas balik tinggalkan kerja. Jalan
sesak. Abang call jerit2,Abang cakap,"Abang perlukan Sayang,tolong lah cepat!".
Abang asyik call,Sayang menangis dalam kereta. Sampai hospital,Sayang berlari
naik tangga,sebab lift lambat. Sayang tersungkur kat tangga. Sayang bangun,lari
lagi,nak cepat sampai kat Abang. Sampai je katil,Abang cakap Abang dah minta
uncle tu tolong. Abang siap senyum2 lagi. Sayang rasa nak lambung je Abang..
Haha..
Lama juga lah Abang ambil
masa untuk pulihkan semangat & emosi. Sayang juga belajar untuk kawal emosi.
Sayang jadi lebih tabah & sabar.Indahkan Abang aturan hidup kita sebagai
suami isteri. Mudah2an kita kekal ke Jannah. Hanya kita yang memahami antara
satu sama lain. Orang hanya mampu berkata2,sebaliknya kita yang
merasa.
Terima kasih Allah!
- Siakapkeli.my
0 Response to "'Abang Jatuh Atas Jalan, Lori Tak Sempat Brek Lalu Atas Abang'"
Post a Comment