Bersedia untuk satu lagi
kisah tentang hubungan Zahirah MacWilson dan Zul Ariffin yang sudah jelak anda
baca sejak beberapa minggu lalu? Okay, kami akan tulis juga walau apa bantahan
anda.
Dalam satu kenyataan
kepada media baru baru ini, Zahirah MacWilson menolak dakwaan ramai yang
mengatakan beliau merampas Zul Ariffin dari kekasihnya sebelum ini dan mendakwa
mula mengenali pelakon lelaki itu ketika dirinya sudah solo.
“Saya tidak rasa diri
sebagai seorang perampas kerana ketika saya dan Zul mula rapat, dia sudah solo.
Saya tidak akan berkawan rapat dengan milik atau kekasih orang lain,” jelasnya
kepada Berita Harian baru baru ini.
Zahirah juga mengulangi
kenyataan sebelum ini yang belum mahu melabelkan hubungan mereka sebagai sedang
bercinta tetapi lebih kepada fasa mengenali hati budi masing
masing.
“Kami memilih untuk
tidak meletakkan label pada hubungan kami kerana ianya masih baru lagi. Tidka
timbuk istilah ingin merahsiakan hubungan kai pada umum kerana kami berada di
tempat terbuka untuk berjumpa,” tambahnya.
Beliau turut berkata
yang ibu bapanya juga tidak menghalang hubungan bersama Zul Ariffin malah
meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk mengorak langkah dalam dunia
hiburan tempatan. (SUMBER ROTIKAYA)
0 Response to "SAYA BUKAN PERAMPAS - ZAHIRAH MACWILSON"
Post a Comment