Cerah sungguh masa depan anak Che Ta iaitu Aaisyah Dhia
Rana apabila berpeluang berlakon dalam
drama seawal usia setahun dan dibayar pihak produksi belasan ribu ringgit hanya
untuk 11 episod.
“Bayaran untuk komitmen 11
hari yang dia dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima
anugerah. Itu saja saya boleh cakap,” jelasnya kepada BH Plus selain menyatakan bahawa apa yang
dilakukan olehnya itu bukanlah bertujuan untuk mempergunakan anaknya
sendiri.
Bagaimanapun menurut Che
Ta, perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak produksi dan
stesen televisyen. Che Ta menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki anaknya
dan seperti biasa, pelakon ini tidak pernah terkesan dengan suara negatif dan
akan melakukan apa yang terbaik buat keluarga.
“Kira pakejlah gayanya
kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap
apa…itu terpulang. Ini semua soal rezeki. Sebelum ini apa sahaja yang
membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi”
“Saya tak boleh nak tutup
mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah,” katanya.
Tambah Che Ta lagi, Aaisyah turut terlibat dalam lakonan kerana Che Ta hanya
akan berlakon di ibu kota, bagaimanapun terdapat lakonan yang terpaksa
dilakonkan di Perlis, jadi pelakon tersebut perlu membawa anaknya itu
sekali.
Semoga nanti baik-baik
belaka ketika penggambaran malah Zain Saidin juga turut dijemput sebagai pelakon
undangan. Bagi peminat Che Ta, ini pastinya saat yang dinantikan untuk melihat
keluarga ini berlakon bersama. Sweet,kan?
0 Response to "ANAK CHE TA, AAISYAH DIBAYAR BELASAN RIBU RINGGIT UNTUK DRAMA"
Post a Comment