SEMENTARA bangunan-bangunan utama di beberapa
negara di seluruh dunia dihiasi dengan lampu limpah bermotifkan Perancis sebagai
tanda solidariti, penduduk Beirut merasakan seperti diabaikan.
Sehari sebelum serangan di Perancis, dua
pengebom berani mati dipercayai militan IS telah meletupkan diri dan
mengorbankan 43 orang awam dan mencederakan lebih 239 orang awam ibu negara
Lebanon tersebut.
Dua letupan tersebut meliputi 150 meter per
segi dan berjarak lima minit antara satu sama lain di Bourj al-Barajneh pada
Khamis.
Tetapi esoknya, tumpuan dunia hanya kepada
Perancis.
Keadaan tersebut menyebabkan beberapa pihak
terutamanya warga maya melemparkan kritikan pedas dan rasa tidak puas hati atas
laporan berat sebelah media.
Simpati dunia terhadap Beirut mungkin sama
dengan simpati terhadap Perancis, namun dengan jelas tiada limpahan lampu
bermotifkan Lubnan kelihatan di negara-negara tumpuan dunia.
"Bila orang saya mati, tiada negara ingin
menghiasi bangunan mereka dengan bendera Lubnan," kata seorang doktor, Elie
Fares.
"Bila orang saya mati, bukan seluruh dunia
bersimpati. Kematian mereka tidak relevan kerana ia dianggap biasa terjadi di
Timur Tengah dan itulah kitaran media," luah Elie lagi.
"Wahai Facebook, cantik gubahan bendera
Perancis pada bahagian gambar. Tetapi bagaimana saya boleh gubah gambar profil
saya supaya menunjukkan simpati kepada Beirut juga?" kata Katie Bradford sinis
di Twitter.
Majoriti warga maya dengan jelas menghentam
media kerana 'lebihkan' Paris daripada apa yang terjadi di Beirut.
Militan IS serang dua negara
Sama seperti serangan di Paris, serangan di
Beirut juga adalah yang paling menggemparkan setelah beberapa dekad.
Sama seperti serangan di Paris, kedua-dua
kumpulan penyerang juga dikaitkan dengan militan IS.
Walaupun IS mengaku bertanggungjawab terhadap
serangan di Beirut, pengamal media masih belum dapat memastikan kesahihan
kenyataan kumpulan militan tersebut.
Menurut seorang suspek yang berjaya ditangkap,
beliau bersama tiga individu lain tiba Lubnan dari Syria, dua hari lepas.
Simpati berbelah-bahagi
Kenapa dunia bersimpati penuh terhadap Paris
dan tidak kepada Beirut?
Kedudukan Beirut yang berdekatan dengan jajahan
takluk IS menyebabkan media dunia seperti 'tidak hairan' dengan kejadian yang
menimpa negara tersebut.
Sumber Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan Lubnan
terlebih dahulu dari mana-mana negara dalam dunia yang menerima berjuta-juta
pelarian dari Syria yang sehingga kini bergolak akibat perang saudara.
Jadi, mengapa media dunia abaikan Beirut?
0 Response to "Mengapa Dunia Abaikan Beirut?"
Post a Comment