Sekumpulan pencuri di China mencuri bekas
mengandungi abu mayat dari tanah perkuburan untuk dijadikan tebusan bagi memeras
wang daripada anggota keluarga si mati.
Agensi berita Xinhua melaporkan, kegiatan itu
terbongkar selepas seorang wanita bernama Liu diberitahu kubur suaminya
digeledah dan abu mayatnya hilang.
Satu nombor telefon diconteng pada batu nesan
dan seorang lelaki yang menjawab panggilan itu memberitahu Liu, abu itu akan
dikembalikan jika dia membayar 20,000 yuan. (RM14,000)
Liu membayar wang berkenaan tetapi pencuri
kubur terbabit menuntut lebih banyak.
Sekurang-kurangnya satu kubur di tanah
perkuburan di Xinyang di Henan, wilayah tengah China itu, musnah.
Kakitangan tanah perkuburan itu berkata,
kegiatan itu dilakukan oleh kumpulan yang berpengalaman dan tersusun.
Menghormati waris yang sudah mati menjadi adat
penting dalam budaya masyarakat China. Sejak kerajaan menggalakkan pembakaran
mayat, ramai penduduk China menyimpan abu mayat anggota keluarga mereka.
Berikutan laporan yang menimpa Liu, polis
melancarkan siasatan mengenai kegiatan menjadikan abu mayat itu sebagai
tebusan.
0 Response to "Ugut Gunakan Abu Mayat"
Post a Comment