BEKAS kekasih Puteri Diana,
bekas pegawai tentera, James Hewitt, 57, telah mengejutkan ramai apabila
menghantar gambar selfie dalam keadaan bogel kepada seorang wanita yang
dikenalinya menerusi laman web untuk berdating.
Perbuatan memalukan itu
dilakukan selepas Hewitt berkenalan dengan wanita berusia 38 tahun itu. Wanita
terbabit menetapkan syarat mencari lelaki kaya dan lebih tua yang sanggup
membayarnya.
Menurut wanita itu, dia
menerima emel selfie berkenaan daripada Hewitt dan lelaki itu tidak malu-malu
untuk meneruskan hubungan secara maya, yang bermula pada 2009.
“Dia meminta saya
mengunjunginya di rumahnya di Gloucestershire, tetapi saya amat gementar. Dia
menyatakan bahawa dia terlibat dalam seks berkumpulan,’’ kata wanita
itu.
Dakwaan berkenaan dibuat
selepas beberapa minggu surat peribadi antara Diana dan Putera William yang
dihantar kepada Hewitt secara rahsia, telah ditawarkan untuk dijual di Amerika
Syarikat.
Kebanyakan surat itu
menceritakan bagaimana Diana berterima kasih kepada Hewitt kerana menjadi
seorang rakan yang hebat, terutama ketika dia kesepian. – Mynewshub.cc
0 Response to "BEKAS KEKASIH GELAP PUTERI DIANA SELFIE BOGEL PADA WANITA"
Post a Comment