Di
pagi yang cerah itu,ketika saya sibuk membuat tempahan batu nisan di hadapan
rumah tiba tiba saya di kejutkan dengan seorang lelaki yang saya sendiri pun
tidak mengenalinya.
Sebaik
bersalaman lelaki itu sendiri menghulurkan tangan dan memperkenalkan dirinya
sebagai zuhdi,dia turut menjelaskan kedatangannya di pagi yang cerah itu.
Awak
boleh alih kubur lama?tanya zuhdi yang saya kira umurnya dalam 50-an."boleh"
jawab saya dengan ringkas,saya bekerja membuat batu nisan tapi saya tahu sedikit
banyak tentang pengurusan jenazah sampai di kebumikan sebab saya sudah terbiasa
dengan pekerjaan seperti itu.
Lagi
pun bapa martua saya seorang ustaz dan imam di kampung kami.kalau ada kes
kematian bapa martua sayalah yang menguruskan jenazah,saya pula yang akan
membantunya dalam urusan tersebut.
"Kubur
siapa encik? dekat mana kubur tuu? saya mulai bertanya lanjut.
"Entah
kubur siapa pun aku tak tau menyirap aku" jawab zuhdi lalu bercerita lebih
lanjut.
Katanya
dua buah kubur lama itu terletak di tanah yang baru di belinya beberapa bulan
lalu,cadangnya mahu mendirikan rumah di atas tanah yang dibelinya itu dengan
harga jauh lebih murah dari harga pasaran sekarang.namun rencananya tertangguh
oleh dua kubur lama tersebut.
"Aku
dah minta budak kampung yang ada jentolak tolong ratakan tanah tu,tapi semua tak
nak selagi tak alih kubur lama tu" rungud zuhdi sebelum bertanya proses
pembiayaan kos pengalihan kubur lama tersebut.
Tanpa
berlengah saya perlu melihat lokasi kubur itu sebelum berbincang dengan bapa
martua untuk menetapkan kos harga,pagi itu juga saya di bawa kelokasi
berkenan,jaraknya hanya sekitar setengah jam dari rumah saya.
Sebaik
sampai saya melihat sudah bertimbun barang barang untuk mendirikan rumah,seperti
semen,besi,batu bata dan lain lainya,nampak lelaki ini memang bersungguh sungguh
mahu membina rumah di tanah tersebut.
sebaik
turun dari kereta saya meninjau seputar,memang agak cantik kawasan
itu,dibelakang tapak yang hendak di dirikan rumah mengalir sebatang anak sungai
kecil yang jernih.
"Mana
kubur tu? tanya saya selepas puas meninjau keadaan sekitar,"tuuuuu ! !" jawab
zuhdi dengan bibir terjuih sabil tangannya menunjuk kearah empat biji batu nisan
dari pada batu sungai "Kubur orang lama bisik hatiku"
"Aku
memang betul betul lepas pencen ni nak duduk suasana kampung,aku bukan main
main" tiba tiba zuhdi bersuara dengan nada tinggi seolah tidak berpuas
hati.
Sambil
berjalan ke arah kubur lama tersebut zuhdi menceritakan bahwa dia adalah
merupakan seorang anggota keselamatan dan akan pencen dalam beberapa tahun
lagi.
Namun
sebaik saja kami berdiri dikawasan kubur,Zuhdi melakukan satu tindakan yang
tidak pernah terpikir oleh saya.
"Sebab
kubur ni lah aku tak boleh buat rumah lagi! ! tengking zuhdi yang tiba tiba saja
menyingga,serentak kakinya menendang batu nisan kubur lama tadi berulang kali
sehingga menggegarkan kubur tersebut.BUKKK! ! BUUUKKK! !
Melihat
tindakan zuhdi itu cepat cepat saya tenangkan." ehh rilek la encik masalah ini
kecik aje boleh selesaikan,encik marah kubur ni pun dia bukan boleh buat apa"
kata saya menegur tindakan zuhdi tadi.memang saya tidak bersetuju dengan caranya
itu.
Akan
tetapi nasihat dan teguran saya langsung tidak diendahkan,darahnya masih
mendidih mulutnya terus membebel dan mencarut.
Pukimak
betullah orang dulu dulu buat kubur suka hati cilaka betul tuan tanah ni tak
bagi tau ada kubur,zuhdi melepaskan amarahnya dahinya berkedut kedut sambil
menginjak batu nisan tanpa rasa bersalah.
encik
tak baik buat macam tu tegur saya lagi apabila melihat kakinya masih di atas
batu nisan.
"Aku
bayar tanah ni bayar cash tau,dia terus mengomel sambil geleng geleng
kepala.
Selepas
beberapa ketika raut wajah zuhdi mulai melembut walaupun masih nampak wajah
mencuka,selepas kami bergerak pulang sebelum bertanya kos tentang pengalihan
kubur kepada bapa martua.
Apabila
di beritahu kosnya sebanyak 3 ribu ringgit sekali lagi Zuhdi berang.
"Tiga
ribu ni termasuk proses upah orang nak gali,kain kapan, nak cari tulang tulang
lepas tu nak gali lubang kubur baru pula,kerja ni tak boleh buat seorang kena
bayar upah orang lain jugak,kita tak tahu kuburtu dalam ke tak,benda ni ambik
masa ,kos memang tinggi sikit,tapi boleh runding lagi selepas selesai nanti
.terang saya kepada Zuhdi.
Aaaaahhh,kenapa
mahal sangat sampai 3 ribu? aju zuhdi seakan tidak berpuas hati dengan harga
tersebut.penjelasan saya itu tidak dapat diterimanya,baginya harga tersebut
terlalu mahal dan tidak masuk akal.
"kalau
encik tak setuju kena cari orang lain lah" jawab saya.
Mungkin
sebab tak berpuas hati zuhdi langsung meninggalkan saya tanpa sembarang
salam.
Selang
beberapa hari kemudian,dimana pada masa itu saya sedang menyiapkan tempahan batu
nisan,sekali lagi zuhdi datang bertandang.
"Engkau
nie gali kubur buat batu nisan tak ikhlas,semua nak duit"herdik zuhdi sebaik
berdiri di depan saya.
"encik
sepanjang encik hidup sudah berapa kali gali kubur? saya bertanya kembali,kali
ini darah saya pula mendidih apabila di ajukan soalan dengan suara di herdik
seperti itu.
"Tak
pernah" jawab suhdi sambil matanya memandang kearah lain.
"
Kalau encik tak pernah cuba encik rasa dulu,korek lubang kubur bukan senang
jawab saya dengan suara agak tinggi.
" AHhh! tak payah lah " jawab
zuhdi,lagaknya sungguh angkuh dan dia kemudian terus berlalu tanpa da rasa
bersalah.
Melihat
tindakannya itu saya hanya mampu menggeleng kepala,hendak minta tolong orang
tapi tak mahu menghormati orang lain.
Sehinggalah
sebih kurang sebulan kemudian sekali lagi zuhdi datang ,kali ini saya lihat agak
berlainan.wajahnya murung seperti ada sesuatu beban yang di tanggungnya,suaranya
juga lembut menyapa saya.
"ada
apa lagi encik tanya saya dengan memandangnya"
"Anak
aku sakit adu Zuhdi dengan melabuhkan punggungnya kemudian dia menceritakan
masalahnya meskipun saya tidak meminta,saya pun mengambil air karena saya nampak
ada sesuatu yang tidak kena kepada zuhdi rasa kasihan pula menjelma dalam
hati.
Sebaik
dia sampai dirumah Selepas melawat tapak rumah bersama saya tempoh hari secara
tiba tiba anak gadisnya jatuh sakit.
Awalnya
Zuhdi ingat anaknya sakit biasa .tapi semakin lama keadaan anaknya semakin
teruk,anak perempuannya meracau dan meronta ronta seperti di rasuk hantu.
Setiap
jam anaknya akan menjerit jerit dan mengeluakan kata kata mencarut seperti orang
hilang akal,lebih mengaibkan lagi anaknya akan bertelanjang bulat sehingga ia
terpaksa mengurung anaknya di dalam rumah.
"Aku
terpaksa tempah pasang gril kat rumah,kalau tak anak aku akan lari dari
rumah,akupun dah banyak kali jumpa doktor,tapi mereka tidak dapat mengesan
penyakitnya,ceritanya dengan nada yang cukup sedih.
Saya
pun cuba nasihatkan Zuhdi untuk mencuba rawatan islam seperti ustaz dan
ustazah.
"
aku tak percaya benda benda karut macam ni" suara zuhdi meninggi semula.dah
banyak Kali buat, duit beribu ribu tak sembuh jugak .bentaknya.
Rupanya
memang Zuhdi pernah membawa anaknya berubat dengan ustaz serta ustazah,namun
apabila anaknya tidak sembuh ,zuhdi mulai kecewa,dia merasakan perubatan dengan
cara islam itu mahu mengambil kesempatan keatasnya.
Saya
pun buntu dan tidak tahu harus mencadangkan apa-apa lagi,saya mahu membantu tapi
saya tidak tahu hendak bagai mana.
Selepas
Zuhdi pulang Saya mulai berpikir,bagi saya apa yang menimpa anaknya itu ada
kaitan dengan tindakanya menyepak batu nisan kubur lama.hendak pula seminggu
selepas dia datang mengherdik saya di rumah.
Sengaja
saya pergi ke tapak perumahan itu hendak meninjau tanah tapak perumahan
berkenan,niat saya cuma ingin tahu adalah zuhdi sudah mengalihkan kubur lama
itu.
Kebetulan
semasa saya tiba di lokasi tiba tiba sebuah jentolak baru saja berhenti
membersihkan tapak rumahnya,tapi hanya sebagian tanah saja yang di
bersihkan.
"
kenapa tak bersih habis" tanya saya pada pemandu jentolak yang merupakan seorang
lelaki india muslim.
"itu
atok sudah kacau,sini ada kubur lama,saya takut,itu advance tuan tanah bagi pun
saya mau kasih balik,tak boleh buat kerja ni,adu india tersebut yang bergegas
pulang ketakutan.
Sebab
itu bila di kenang semula saya rasakan anaknya itu sakit ada kaitan dengan
tindakanya menyepak batu nisan sungai kubur lama.lagipun anaknya sakit sama
dengan hari kejadin tersebut.
Saya
sendiri merasa kasihan terhadapnya malang bertimpa timpa ,anak sakit,dia juga
terpaksa menanggung kos yang lebih jauh tinggi dari kos pengalihan kubur.
Tidak
lama selepas itu saya dapat tahu bahwa anaknya telah di masukkan kerumah sakit
jiwa dan disahkan mengalami sakit mental.
Disebabkan
perkara ini juga dia tidak jadi mendirikan rumah di tanah tersebut lebih malang
barang barang bahan pembinaan habis di curi orang.
0 Response to "ANAK GADIS JADI GILA GARA-GARA BAPA SEPAK BATU NISAN?"
Post a Comment