
"Dari
Allah kita datang dan dari Allah jua kita dikembalikan"
Ujian
buat mama syukur pada Maha Pencipta sekalian makluk. Puteri makin sembuh dan
kembali normal. Just for sharing for all parent outside.
10:20
pagi, Puteri masuk bilik air untuk mengosok gigi. Seperti biasa, mandi ikut
giliran bermula dari adik sehingga ke kakak. Mama siapkan one by one. Dah
siapkan baby, mama siapkan second Puteri. Belum sempat mama selesai pakaikan
baju yang nombor dua, Puteri sudah masuk ke dalam bilik air.
As
a normal, dia dah memang berdikari mandi sendiri. Tak sampai seminit masuk bilik
air, mama terdengar macam sesuatu yang kepala terhantuk di sinki. Tak sedap
hati, mama terus pergi tengok. Masa itu, Allah sahaja yang tahu luluh hati mama
melihat Puteri yang terkulai layu terlentang di atas mangkuk tandas dengan mata
hitam ke atas, tangan kaki dah mula menggeletar bibir muka putih pucat. Tak
sedar diri Puteri masa tu. Mama pangku Puteri, mama panik dan hanya pada Allah
mama bergantung pada masa itu. Kemudian baru teringat nak panggil papa.
Puteri
kejung keras, mama selawat istifar dan tawakal siramkan air paip bermula dari
kaki hingga kepala. Kejung makin okay, cuma macam khayal, lemah selemahnya
dengan muka dan bibir putih pucat.
Menitis
air mata mama, tak tahan melihat kesakita yang Puteri rasa.
Puteri
tak demam, aktif seperti biasa. Tiada masalah kesihatan, alhamdulillah tetapi
ujian Allah bila-bila masa tanpa diduga akan berlaku.
Mama
dan papa terus ke hospital untuk check up. Doktor beritahu, masa jadi macam itu,
oksigen dalam badan Puteri sudah berhenti. Doktor pun tak dapat kesan punca
kejadian. Tetapi benarlah Allah sebaik-baiknya tempat kita bergantung harapan.
Sekarang, Puteri warded untuk pemantauan 24 jam.
Jadi
kepada ibu-ibu, sila alert, just perkongsian. Waktu mandi, kalau boleh dekat
dengan anak, dekat dengan bilik air terutamanya rumah yang dua tingkat. Jangan
biarkan dia berseorangan diri di bilik air.
Mandi
bermula dari kaki sedikit demi sedikit ke atas hingga kepala. Kalau mandi
seorang, kita tidak tahu si anak terus siram kepala atau tidak. Sunnah it's the
best. Tips ini pun dari yang lebih arif. Apa-apa pun kejadian ini semua
perancangan dari Allah swt. Doakan Puteri mama supaya sihat dan boleh pulang
esok. InshaAllah. - Nur Faten
0 Response to "''PUTERI TERKULAI LAYU TERLENTANG DI BILIK AIR'"
Post a Comment