Tidak mahu orang ramai terus berteka-teki tentang
status perkahwinan mereka, bapa Zahirah iaitu Zainol MacWilson mengesahkan
beliau dan isteri sudah bercerai pada 9 November lepas selepas tiada lagi
persefahaman antara mereka.
Benar, saya sudah bercerai dengan Maslinda
diatas tiada persefahaman. Selebihnya, saya enggan berkata apa-apa. Cuma saya
tahu, anak-anak pula jadi mangsa gara-gara masalah kami ini.
Ada pihak
yang mengatakan mereka bercerai kerana wujudnya orang ketiga. Namun, Zainol
menegaskan ia tidak benar sama sekali dan berharap tiada lagi pihak yang
menyebarkan cerita tidak benar mengenai penceraiannya.
Mengakui masih
lagi sedih selepas berpisah dengan isterinya, Zainol bagaimanapun tidak serik
untuk mencari teman hidup lagi sekiranya ada jodoh.
Orang kata, hidup
perlu diteruskan dan apa yang sudah berlaku pasti ada hikmahnya.
Tetapi
saya tidak serik, sekiranya ada jodoh, pasti Allah akan temukan kita dengan
seseorang tidak kira bila-bila masa. Bagaimanapun saya masih lagi bersedih
dengan penceraian ini.
Patutlah sejak dua menjak ini ibu Zahirah MacWilson
kelihatan agak sedih dan kecewa. Tidak mengapalah, mungkin ini jalan yang
terbaik buat Zainol dan bekas isterinya Maslinda. Apa-apa pun kami harap
anak-anak anda tidak terasa diabaikan.
0 Response to "#artis Semua Tertanya-tanya Status Sebenar bapa Zahirah iaitu Zainol MacWilson dengan isterinya..Akhirnya terjawab sudah.."
Post a Comment