MUAR: Polis Johor telah menahan seorang lelaki yang
dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam seorang kerani sekolah agama di Taman
Setia Kasih, Sungai Terap, Bukit Pasir di sini, Isnin lepas.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat berkata suspek berumur
30 tahun yang merupakan jiran terdekat mangsa di taman perumahan itu, ditahan
pada pukul 6 petang tadi.
"Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan
telah berkahwin dan mempunyai dua anak," katanya dalam satu kenyataan kepada
media malam ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan kerani sekolah agama,
Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ditemui
terbaring dengan kesan jerutan di lehernya di depan pintu bilik utama
rumahnya Isnin lalu.
Mayat mangsa ditemui jiran selepas enjin kereta
Honda Civicnya tidak ditutup selama empat jam bermula pukul 2 petang, selain
pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran terasa pelik dan
mencarinya.
Polis kemudian bertindak menahan
enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan
berhampiran selang beberapa jam selepas menemui mayat mangsa bagi membantu
siasatan.
Kamarul Zaman berkata suspek ditahan berikutan gagal memberikan
keterangan yang memuaskan kepada polis semasa siasatan dijalankan.
"Hasil
ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan juga
turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan dan
memiliki dadah," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat yang
telah menyalurkan maklumat kepada polis dalam membanteras jenayah kejam
itu.
Semalam polis Muar juga telah mengambil keterangan hampir 10
pengguna laman sosial Facebook bagi mengesan dalang sebenar penyebaran berita
dan gambar bersabit kes pembunuhan itu yang telah menjadi viral.
0 Response to "Nauzubillah!! Jiran Turut Terlibat Kes Pembunuhan Kejam Seorang Kerani Sekolah Agama..10 Blogger Juga Disiasat!"
Post a Comment