
Tidak semua artis boleh hidup mewah hanya dengan menjadi pelakon
terutamanya di Malaysia yang mana bidang hiburang di Malaysia tidaklah sebesar
mana. Namun ianya berbeza dengan pelakon Rozita Che Wan atau lebih selesa di
gelar Che Ta, 42 yang berpendapat menjadi pelakon boleh menghadiahkan kehidupan
yang mewah dan terjamin.
Sepanjang tujuh tahun berada dalam bidang seni,
seseorang itu perlu bijak merancang dengan hasil pendapatan yang diperoleh
seperti mana yang dia telah lakukan. Terbuka untuk berkongsi pendapatannya, Che
Ta dengan mudah mampu memperoleh RM 60,000 sebulan hanya dengan menjadi pelakon.
Itu tak termasuk bayaran menjadi duta produk dan sebagainya.
“Itu hanya
berlakon sahaja tanpa ditambah dengan pendapatan yang diperolehi daripada iklan.
Jika ditambah, saya tidak akan menafikan bahawa jumlahnya akan menjadi lebih
daripada itu.
“Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang
pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan
saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi
bekerja kerana wang,” luah Rozita penuh jujur dalam program hlive! Apa Kata
Malaysia?, malam semalam.
Maka tidak hairanlah peminat seringkali
disajikan dengan gambar-gambar Che Ta bercuti ke luar negara dan juga
gambar-gambar koleksi beg tangannya yang mencecah ribuan ringgit. Pelakon
kelahiran Kedah itu juga mengakui mempunyai keinginan untuk memiliki hartanah di
London.
“Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu
masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja
keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif,
semua itu mampu dimiliki.
“Bagi mereka yang sentiasa tidak berpuas hati
dan hanya mahu bersikap negatif, itu terpulang pada diri masing-masing,” kata
pengacara program bual bicara, Primadona itu panjang lebar tanpa selindung.
0 Response to "Che Ta Dedah Gaji Bulanan Sebagai Pelakon Yang Pasti Memeranjatkan Anda!"
Post a Comment