
Pelakon Lana Nodin terkilan
apabila pakaian digayakan pada hari bersejarahnya pada 15 Mei lalu, diguna pakai
dramatis dan penyanyi Ayda Jebat, baru-baru ini.
Katanya, dia benar-benar
terkejut apabila melihat baju pengantinnya itu digayakan Ayda hanya untuk
menjayakan satu rakaman iklan untuk program Juara Perodi yang bakal disiarkan di
Astro.
“Sebaik melihat sendiri gambar
yang dimuat naik Ayda dalam laman sosial Instagramnya, saya tertanya-tanya
bagaimana baju itu boleh dipakai Aida untuk menjalani penggambaran iklan,”
katanya.
Lana atau Mazlina Hasan Nodin
yang kini hamil lima bulan juga tahu ramai peminat Ayda memberi komen menyatakan
baju yang dipakai itu adalah pakaian pengantin yang pernah
digayakannya.
“Cuma saya hairan mengapa
apabila peminat mengaitkan baju itu dengan majlis perkahwinan saya, dia terus
memadam komen terbabit. Perkara itu juga membuatkan saya berasa kecil hati,”
katanya.
Kata Lana, dia tidak tahu apa
motif sebenar Ayda memadam segala komen dan tidak mahu orang tahu pakaian itu
dikaitkan dengan majlis perkahwinannya.
“Kalau benar Ayda mahu
menggayakan baju itu kerana menyukainya, seharusnya dia mengakui di laman sosial
miliknya apabila orang mula bercakap dan menyatakan ia pakaian pengantin Lana
Nodin.
“Saya tidak akan menjadikan
perkara ini sebagai satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya
pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya,”
katanya.
Lana kesal kerana baju
pengantin yang disifatkannya sebagai sangat istimewa dan hebat itu seharusnya
digayakan di majlis yang hebat juga sama ada disewakan kepada bakal raja sehari
yang lain, bukannya sekadar untuk menjayakan program televisyen.
Lana juga akui ada mendapatkan
penjelasan daripada perekanya bagaimana pakaian pengantin itu boleh dilepaskan
untuk digayakan Ayda Jebat.
“Saya menghubungi pereka
fesyen baju itu, Aitelia Amani dan difahamkan Ayda memang berminat mahu
mengayakan baju itu untuk menjalani penggambaran program itu,”
katanya.
Mengenai status baju itu, Lana
mengatakan baju pengantinnya adalah ditaja dan kini berada dalam simpanan
perekanya.
Dalam kesempatan itu, Lana
juga menjelaskan mengenai kekeliruan dalam kalangan orang ramai membabitkan
kenyataan sponsor (tajaan) dan loan (pinjaman).
“Sewaktu baju saya dihasilkan
Aitelia Amani, mereka menyatakan persalinan pengantin kami ditaja. Kalau hendak
diikutkan, maksudnya akan diberikan kepada saya dan suami selepas majlis
selesai.
“Bagaimanapun, mereka hanya
meminjamkan kepada kami dan perlu dikembalikan selepas selesai
majlis.
“Begitupun, saya tetap
berterima kasih dan sebagai pereka fesyen menghasilkan busana yang cantik di
hari bersejarah kami, pastinya dia mahu pakaian mewah itu dipamerkan di butik
pengantin miliknya untuk tatapan umum.
“Kalau ada pun yang mahu
memakainya, sudah tentu dia akan menghasilkan sekali lagi pakaian itu mengikut
potongan sama tetapi dengan corak berbeza. Tetapi ia tidak berlaku sebaliknya
diberikan untuk digayakan Ayda Jebat begitu saja,” katanya.
Tegas Lana, sebagai pereka
pastinya ada cara untuk Aitelia Amani memberi pinjam baju itu. Sebaiknya dia
menghasilkan satu lagi baju khas berinspirasikan baju pengantinnya itu untuk
digayakan Ayda.
“Cara itu lebih baik dan
pastinya Ayda berasakan dirinya lebih dihargai kerana pereka fesyen itu sanggup
menghasilkan sesuatu yang sangat istimewa untuknya dan bukan memakai baju yang
pernah dipakai oleh artis lain,” katanya.
Tegas Lana, dia menjadi begitu
sensitif apabila pakaian pengantinnya diberikan kepada Ayda dan dipakai
semata-mata untuk menjayakan iklan program televisyen kerana dia sangat
menyayangi busana mewah itu.
Tambah pula dia turut berusaha
mencari kain yang sesuai untuk dijadikan baju terbabit dan digayakan pada hari
persandingan.
Sementara itu, Ayda ketika
dihubungi enggan mengulas perkara itu dan memilih untuk berdiam diri kerana
tidak mahu memanjangkan isu itu.
SUMBER MYMETRO
0 Response to "'BAJU ITU SANGAT ISTIMEWA' - LANA NORDIN TERKILAN DENGAN AYDA JEBAT"
Post a Comment