
KUALA LUMPUR: Seorang
pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan ibunya terkejut apabila
mendapati seorang lelaki sedang melakukan onani di belakang rumahnya menerusi
video CCTV.
Lelaki tersebut kemudian
di halau keluar oleh ibu pelajar tersebut.
Ibu pelajar itu membuka
tingkap dapur dan menjerit ke arahanya.
CCTV yang dipasang di
kawasan rumah keluarga itu merakam perbuatan lelaki itu melakukan perbuatan
jijik itu.
"Saya merasa jijik dan
dalam masa yang sama, terkejut. Kenapa kamu sanggup membuat perkara itu ditempat
awam?", kata pelajar tersebut memetik laporan The Star Online.
Pelajar tersebut berkata
ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu rumah pada 12.22 pagi semalam.
Ibunya yang ketika itu berada di dapur terlihat ada pergerakan di belakang
rumahnya.
Ibu pelajar itu kemudian
pergi ke ruang tamu dan membuka televisyen yang disambungkan ke CCTV kamera
rumah dan kedua-dua mereka terkejut melihat lelaki terbabit dalam keadaan bogel
di belakang rumah mereka.
Di dalam rakaman CCTV
terbabit, lelaki itu dilihat keluar dari semak samun dan dilihat cuba mengintai
melalui tingkap dapur.
"Ibu saya berlari ke
arah dapur dan menjerit ke arahnya. Lelaki itu kemudian melarikan diri", kata
pelajar itu.
Pelajar itu turut
berkata jirannya kemudian telah mengenalpasti lelaki itu merupakan salah seorang
penduduk di kawasan tersebut. Keluarga itu kemudian membuat laporan polis di
Balai Polis Pandan Indah semalam.
"Pegawai polis
memberitahu kami orang jenis ini sangat berbahaya kerana dia sudah boleh
berbogel seperti itu, yang bermakna dia sudah pun mencapai tahap yang
berani(berbuat demikian). Jika dia mempunyai peluang untuk masuk ke dalam rumah,
sudah tentu dia akan berbuat demikian", kata pelajar terbabit. - Sumber Asal
Siakapkeli.my
0 Response to "(Video) Anak & Ibu Terkejut Dapati Lelaki Beronani di Halaman Belakang Rumah"
Post a Comment