
Jika benar berita yang
disampaikan ini, pastinya ia memberikan khabar gembira bukan sahaja Dato’ Siti
Nurhaliza dan keluarga sahaja malah peminat juga pastinya tidak sabar menunggu
cahaya mata pertama penyanyi tersohor ini.
Menurut laporan daripada
BH Online, Siti dikhabarkan kini sudah hamil dan perkara itu diberitahu melalui
sumber yang menyatakan perkara tersebut disampaikan sendiri oleh anak lelaki
tirinya, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November
lalu.
Selain itu, khabar angin
ini dikuatkan lagi tiupannya melalui gambar susu kambing dan juga kurma yang
dimuatnaik sendiri oleh Siti Nurhaliza di Instagram. Katanya, apa yang diamalkan
oleh penyanyi itu digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak
khasiat.
Bagaimanapun, ini bukan
kali pertama Siti dilanda berita sebegini namun dalam masa yang sama, jika
perkara ini benar, kami ucapkan tahniah dan mendoakan agar semuanya dalam
keadaan baik-baik belaka kepada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga
sejak dari Ogos 2006. (SUMBER ROTIKAYA)
0 Response to "DATO' SITI NURHALIZA KINI HAMIL?"
Post a Comment