![]() |
| Gambar Hiasan |
JAKARTA – Ibarat ikan haruan yang sanggup
makan anak-anaknya sendiri, namun kes ini mungkin jauh lebih buruk lagi daripada
haiwan air tawar tersebut.
Setiap
malam sepanjang tiga tahun lepas, gadis remaja berusia 17 tahun, yang bernama
‘DR’ (nama sebenarnya dirahsiakan), terpaksa melayan nafsu seks bapa kandungnya
sendiri, Rusdi.
Lelaki
kejam berumur 44 tahun itu tergamak mengadakan hubungan seks dengan DR di rumah
neneknya yang juga ibu mertua Rusdi, di Tangerang ibu wilayah Banten dekat
sini.
Mangsa
belasan tahun itu malah terpaksa melakukan hubungan seksual dengan bapanya
tersebut yang amat tidak berperikemanusiaan dari Februari 2012 hingga Jun
2015.
Lebih
mengejutkan dan menggusarkan, Rusdi dikatakan menyuruh anaknya itu memakai baju
seksi isterinya yang juga ibu DR kerana mangsa dikatakan mirip wajah
ibunya.
Gadis
itu sebenarnya menolak hubungan kelamin tersebut, namun diancam akan dibunuh
oleh bapanya. Lebih menyedihkan lagi, mangsa sebenarnya seorang anak yang cacat
fizikal.
Dia
dilaporkan media Indonesia sebagai tidak mampu melakukan apa-apa, selain
merangkak di rumahnya manakala menurut pihak berkuasa, pada mulanya, mangsa
disuruh menonton video lucah.
Ketika
gadis itu bertanya kepada bapanya mengapa beliau harus berbuat demikian, lelaki
itu berkata, anaknya perlu mengetahui adegan yang ditunjukkan dalam video
tersebut.
Ini
kerana mangsa konon akan juga perlu melakukan pelbagai adegan ranjang yang
‘panas’ itu apabila bersama dengan suaminya nanti selepas mendirikan rumah
tangga.
Namun,
itu ternyata hanyalah sekadar muslihat dan tipu helah Rusdi bagi merangsang seks
anaknya serta memuaskan nafsu kebinatangannya yang cukup jijik.
Kes
tersebut akhirnya diketahui juga oleh ibu si mangsa, yang kemudian bertindak
segera melaporkannya kepada polis tempatan dan Rusdi berjaya ditangkap.
Ibu
mangsa dilaporkan sudah meninggalkan rumah mereka tersebut sejak 2012, kerana
berasa tidak tahan dengan suaminya itu yang berkelakuan cukup buruk.
Jika
disabitkan kesalahan di bawah undang-undang Indonesia, Rusdi boleh meringkuk
dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

0 Response to "Bapa Setubuh Anak Mirip Ibu Tiap Malam Selama 3 Tahun"
Post a Comment