Untuk rumah pertama saya, harga permulaan owner/ejen letak adalah RM90k di website mudah.my.
Tapi
saya tak percaya.
Selepas
dapatkan detail rumah daripada ejen,saya pergi ke bank untuk cek market value
(mv).
Ternyata
mv setakat RM80k sahaja.
Nego
harga sampai dapat RM73k (9% below mv), tapi saya masih tak setuju juga.
Akhirnya,
saya tak jadi beli rumah tu sebab tak dapat harga yang saya nak iaitu
RM65k.
Saya
cuba lupakan rumah tu selama hampir 2 bulan.
Kemudian
saya nampak lagi iklan rumah di mudah.my, saya kontek semula ejen tu.
Rumah
tu belum terjual.
Nego
punya nego, dapatlah harga RM66k (17% below market value).
Alhamdulillah
happy ending.
Bank
bagi pembiayaan sebanyak 90% daripada harga mv RM72k.
RM72k
- RM66k + RM6.6k = RM12.6k
Dengan
pembelian rumah ni, saya dapat semula cash back RM12.6k termasuk modal deposit
10% selepas urusan jual beli selesai.
Lagi
best, owner lama setuju tanggung kos baiki sebanyak RM2k.
Jadi
total cashback RM14.6k

Apa
terjadi kalau saya beli rumah tu atas harga pasaran?
Harga
jual: RM90k
Harga
mv: RM80k
Bank
loan: RM72k
Deposit:
RM9kBerapa modal cash yang saya perlu sediakan?
RM90k
- RM72k + RM9k = RM27k
Dahlah
tak dapat cashback, kena sediakan modal RM27k pulak. Huhu..
Nampak
tak bezanya?
Alhamdulillah
rumah tu ansuran bulanan RM380, sekarang disewakan dengan RM600.
Untung
kasar RM220 sebulan.
Jadilah
buat beli pampers dan susu Raef dan Rifqie.
Nota
1: Rumah tu saya dah renovate letak tile dan table top. Current mv boleh cecah
RM90k insyaAllah.
Nota
2: Kadang-kadang rumah above mv pun ada yang menguntungkan. Terpulang pada pelan
palaburan anda.
Cara
Nak Check Market Value? Ada macam-macam cara untuk check market value, paling
tepat, tanya kat banker. Provide details pada banker, banker akan call valuer,
dan kita akan dapat tau mv rumah tu. Boleh jugak tengok di website mudah.my tapi
tak berapa tepat sebab kadang-kadang harga dalam website tu pun ada yang atas
market value. Jadi, hati-hati. Jangan sampai terbeli rumah macam tu.
Kita
memang boleh agak-agak berapa market value rumah. Tapi, setiap kawasan memang
lain harganya. Better check mv dengan banker sebelum beli rumah. Melainkan anda
memang mahir kawasan tu.
Dengan
harga RM350k, kat Melaka boleh dapat rumah Semi-D 42x87. Fuhhh. Tapi kat Kota
Damansara boleh dapat apartment 800sqft jerrr.
Perkongsian
oleh Harith Faisal

0 Response to "KESAN BAHAYA BELI RUMAH ATAS HARGA PASARAN. RAMAI YANG TAK PERASAN"
Post a Comment