Seorang banduan yang dijatuhi hukuman penjara
39 tahun dimahkotakan sebagai pemenang Pertandingan Ratu Cantik Penjenayah 2015
yang berlangsung di sebuah penjara di negara ini, baru-baru ini.
Laman web mirror.co.uk melaporkan, Michelle
Neri Rangel, 27, berjaya mengalahkan pesaing lain untuk dinamakan sebagai
pemenang pertandingan ratu cantik yang dilangsungkan di Penjara Wanita Talavera
Bruce, di sini.
Rangel meringkuk di penjara sejak 2010 atas
kesalahan melakukan rompakan dan menjadi pelacur di dalam sel lokap.
Matlamat utama pertandingan ratu cantik tahunan
itu diadakan adalah bagi meningkatkan keyakinan dan kebolehan banduan untuk
berdepan dengan situasi sukar.
Pertandingan ratu cantik Penjara Wanita
Talavera Bruce tersebut turut mendapat sokongan daripada komuniti setempat dan
pihak gereja.
Sama seperti pertandingan ratu cantik yang
lain, peserta akan bersolek dan memakai pakaian terbaik bagi menarik perhatian
juri untuk memilih mereka sebagai pemenang.
“Peserta akan berdandan, memakai pakaian
menarik serta perlu berjalan di atas pentas peragaan sebagai syarat untuk
memenangi pertandingan ini,” jelas sumber.
Penjara Wanita Talavera Bruce merupakan penjara
yang memiliki kawalan ketat di Brazil dan sehingga kini menampung lebih 600,000
orang banduan wanita.

0 Response to "Ratu Cantik Banduan"
Post a Comment