
Manila: Kerajaan Filipina membuat penilaian
terhadap barangan kemas yang dirampas daripada bekas wanita pertama Imelda
Marcos sebelum koleksi bernilai jutaan dolar itu dilelong.
Barangan kemas itu dirampas selepas keluarga
Marcos melarikan diri ke Hawaii pada 1986 apabila pemberontakan rakyat
menumbangkan pemerintahan suaminya.
Bekas diktator, Ferdinand Marcos didakwa
mengumpul berbilion dolar harta secara haram sepanjang memerintah Filipina
selama dua dekad.
Koleksi barangan kemas milik Imelda itu
dianggarkan bernilai antara AS$5 juta (RM21.16 juta) dan AS$7 juta (RM29.63
juta) pada 1988 dan 1991.
Andrew de Castro, presiden suruhanjaya yang
ditugaskan merampas kekayaan keluarga Marcos berkata, penilaian itu dibuat bagi
membantu kerajaan membuat keputusan untuk melelong koleksi itu atau tidak.
Penilaian itu dibuat oleh jurunilai firma
lelongan Christie di ibu pejabat Bank Pusat di sini.
Christie berkata, koleksi itu termasuk satu
berlian merah jambu seberat 25 karat dan bernilai kira-kira AS$5 juta (RM21.16
juta).
0 Response to "Barang Kemas Imelda Dinilai Semula"
Post a Comment