
Sebuah daerah di Indonesia merancang untuk
mengharamkan penjualan kondom di kedai-kedai sekitar daerah tersebut untuk
menghentikan perlakuan seks sebelum kahwin.
Pejabat pentadbiran di Luwu, dekat pusat bandar
Pulau Sulawesi memberikan tempoh seminggu untuk pengusaha kedai serbaneka di
daerah berkenaan untuk membuang kondom dari rak-rak mereka.
"Kami bimbang seks sebelum kahwin meningkat
dalam kalangan remaja," kata Ketua Daerah Luwu Andi Mudzakkar.
Katanya, keputusan itu diambil selepas mengenal
pasti bahawa kondom mudah didapati malah dijual secara terbuka di kedai-kedai
sekitar yang memudahkan ia dibeli anak muda.
Tambahnya lagi, jualan kondom masih dibenarkan
di kawasan terbabit tetapi terhad kepada pelanggan berusia 17 tahun ke
atas.
Di kebanyakkan pulau terpencil di Indonesia,
jualan kondom mudah didapati di kedai serbaneka.
Yaakub Gunawan, seorang aktivis Red Institute
menganggap tindakan itu tidak akan menyelesaikan tingkah laku seksual
berisiko.
"Kerajaan Luwu harus memberikan pendidikan seks
awal agar remaja tahu melindungi diri (daripada risiko HIV) dan bertanggungjawab
dengan tindakan mereka," katanya yang menggerakkan NGO yang memberi tumpuan
kepada kesedaran HIV.
Setakat ini beberapa kawasan di Indonesia
seperti Surabaya dan Bengkulu telah mengehadkan penjualan kondom dalam mengekang
seks luar nikah dalam kalangan remaja.
Bagi ulama konservatif di Indonesia, mereka
telah lama mengecam kempen rasmi menggalakkan penggunaan kondom atas alasan ia
menggalakkan hubungan seks sebelum perkahwinan.
Awal tahun lalu, Bahagian Badan Pengkeranian
Islam Indonesia dengan lantang menentang penjualan kondom berikutan laporan
bahawa kondom turut dijual bersama coklat ketika sambutan Hari Valentine.
0 Response to "Tiada Lagi Kondom Di Kedai Serbaneka"
Post a Comment