Berkenaan kes samun, rogol dan
bunuh di Muar, Johor, saya nak mengambil kesempatan ini untuk berkongsikan
beberapa tips keselamatan di Facebook kepada anda semua terutamanya kaum hawa.
Ini tiada kaitan dengan kes tersebut namun saya hanya ingin
berkongsikan:
1. Kurangkan
selfie
Kita tidak tahu jika selama
ini setiap kali anda memuat naik gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Bila
sudah lama, mereka jatuh cinta pada anda. Mereka juga telah berangan untuk
'bersama' dengan anda dan mahu menjadikan anda milik dia. Jangan kata mustahil,
pada zaman ini manusia sudah menjadi semakin gila.
2. Jangan 'Check In' Rumah
Sendiri
Tolong jangan check in alamat
rumah sendiri yang mendedahkan secara terperinci lokasi kediaman anda dengan
tepat. Ini kerana pada bila-bila masa sahaja penjenayah boleh datang ke rumah
anda.
3. Jangan Muat Naik Status
'Berseorangan' Di Rumah
Sudahlah check in alamat
kediaman sendiri, siap memberitahu satu dunia yang anda berseorangan di
rumah.
"Boringnya, my husband out
station lagi. Tinggal dengan anak bulus saja. Ada yang nak
teman?"
Sebentar lagi ada yang
benar-benar datang temankan baru nak menyesal bagai. Kalau yang jenis tak pernah
check in pun perlu elakkan beritahu yang anda berseorangan di rumah. Ini kerana
ada rakan di luar alam maya yang tahu rumah anda dan bukan semua rakan yang kita
kenali baik orangnya.
4. Jangan Post Nombor
Pendaftaran Kereta
Ye, kereta itu atas nama awak,
hasil titik peluh awak. Kalau nak muat naik gambar, sekurang-kurangnya tutup
nombor pendaftaran. Bahaya sebab dari nombor pendaftaran kereta saja boleh tahu
semua personal detail kita. Kalau info itu dapat pada orang jahat? Lagi
sadis.
5. Jangan Sibuk Nak Check In
Semua Tempat Yang Hendak Dituju
Sampai di pejabat, check in
'Tingkat 73 KLCC'. Lunch time, check in di 'Kedai Mamak Belakang KLCC'. Habis
kerja pergi joging pun check in, 'Taman KLCC'. Nak bali krumah pun check in,
'Jem di AKLEH' sambil berselfie nampak muka cantik dan logo kereta mahal di
stereng. Sampai di rumah check in lagi, 'Sampai dah my home sweet home, No
38-4-7, Kondo Mewah, Jalan Orang Kaya, Kuala Lumpur'.
Bahaya gila. Lagi-lagi kalau
status Facebook anda diset kepada public. Satu dunia boleh tahu pergerakan
anda.
6. Hadkan Apa Yang Perlu
Dikongsi Di Facebook
Baru beli gelang emas lip lap
lip lap macam mami jarum, tak perlu muat naik di Facebook. Dapat bonus RM10,000,
seeloknya jangan muat naik di Facebook. Jangan terlalu mempamerkan kemewahan dan
kekayaan anda di Facebook. Bukan sebab tak mahu orang lain kata riak, itu isu
lain. Tetapi ini adalah demi keselamatan anda dan sekeluarga.
Harap bermanfaat. Semoga kita
semua dilindungi dari perkara buruk dan kejahatan manusia. - Cik Puan
Nurul.
0 Response to "'BORINGNYA, HUSBAND OUTSTATION LAGI, ADA NAK TEMANKAN'"
Post a Comment