Terpalit kontroversi
bagaikan tiada penghujung, Zizan Razak menyatakan bahawa dirinya penat untuk
berhadapan dengan perkara tersebut namun dalam masa yang sama masih melihat
kontroversi daripada sudut positif.
“Apabila orang bercakap
tentang saya bermakna mereka sayang dan berikan perhatian kepada saya. Sebab itu
orang asyik bertanya jika ada sesuatu isu baru timbul. Kalau ia cerita yang
tidak sedap didengar, saya tak akan jawab”
“Mana perkara yang tidak
betul, saya akan perbetulkan dan biarkan sahaja ia senyap. Mulut orang bila dah
penat bercakap nanti berhenti juga. Kadangkala rasa penat juga apabila orang
tidak habis-habis mencari kesalahan saya sahaja”
“Jika ada yang reka
cerita tidak benar biarlah orang itu tanggung sendiri. Saya reda sahaja. Saya
tidak tahu ke mana mahu mengadu dan siapa lagi boleh dipercayakan? Hanya pada
Tuhan saya berdoa dan memohon maaf. Itu yang membuatkan saya kuat bertahan,”
luah pelakon berkenaan kepada portal Mangga Online.
Selain itu dalam masa
yang sama, Zizan turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk
berlakon bersama Kamal Adli namun akan mencari keselesaan bersama agar tidak
menyusahkan mana-mana pihak. - Sumber ROTIKAYA
0 Response to "Zizan Razak: Orang Asyik Cari Salah Saya"
Post a Comment