KUALA LUMPUR: Pelakon Putri
Mardiana Zainal Abidin, 34, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Timur, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, tahun
lalu.
Turut didenda ialah
pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, selepas mengaku salah atas tuduhan
sama.
Hakim Syarie Shaiful Azli
Jamaludin turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya
mereka gagal membayar denda.
Pasangan itu membayar denda
berkenaan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis kediaman beralamat
C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14
Disember 2014.
BERITA HARIAN
0 Response to "PUTRI MARDIANA DAN PASANGAN AKHIRNYA MENGAKU KHALWAT"
Post a Comment