
Semakin
hari, aku semakin pelik bercampur marah. Cakap kuota 6 GB, tapi aku rasa macam
tak sampai 6 GB pun. Jenayah ni. Okay, aku jelaskan satu persatu.
1.
29 Oktober 2015, aku top up RM50. Selalunya selepas top up, aku terus renew
kuota internet aku pada kadar 6 GB (RM48). Bukan sedikit tau, tiap-tiap bulan
kena guna.
2.
Guna punya guna dalam seminggu ke dua minggu, tiba-tiba datang pula mesej yang
mengatakan aku telah pun melayari internet pada kadar 75%. Aik? Ini amat
menghairankan sebab aku guna mobile data ini bila berada di luar saja. Di rumah,
aku gunakan WiFi Streamyx. Tak apalah, aku fikir mungkin aku terlalu banyak
tonton video di Facebook agaknya.
3.
Guna punya guna lagi, 4 hari kemudian tiba-tiba datang pula mesej yang kata aku
telah pun menggunakan 100% kuota internet. Makin pelik dan tidak mungkin cepat
habis sebab aku subscribe kuota 6GB. Bukannya sikit 6GB itu, banyak oi! Selalu
sangat jadi begini, setiap bulan aku mengalami masalah yang sama saja.
Setelah
sekian lamanya aku menggunakan prepaid Digi, tidak sangka pula akan ditipu
seperti ini. Kau orang cuba semak jumlah penggunaan data internet di smartphone,
kalau ada yang menghadapi masalah yang sama seperti aku, jom kita tanya Digi
Centre ramai-ramai. - Mohamad.
0 Response to ""CAKAP KUOTA INTERNET 6GB, TAPI RASA MACAM TAK SAMPAI 6GB PUN?""
Post a Comment