
Pelakon dan penyanyi Ayda
Jebat yang pernah
berkawan rapat suatu ketika dahulu bersama aktor Zul
Ariffin berkata dia
tidak pernah berkecil hati atau mengambil perkara tersebut menjadi
serius.
Malah bagi Ayda, apa yang
dilakukan oleh Zul tidak ada kena mengena dengan dirinya dan dia tidak ambil
pusing akan hal remeh sebegitu.
“Saya tidak ada masalah
atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin
dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak
perlu,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Muzik-Muzik Separuh Akhir
petang kelmarin.
Jelasnya lagi, ada di
antara peminat tidak bersetuju dengan tindakan Zul memadam gambar-gambar
tersebut. Bagaimanapun, Ayda menjelaskan dia tidak akan memadam mana-mana
gambarnya di Instagram dengan mana-mana artis sekalipun kerana bagi dirinya itu
adalah kenangan dan mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri.
Selain itu, Ayda
menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk berganding bersama Zul dalam
mana-mana drama bagaimanapun ketika ini jadual mereka masing-masing
padat.
0 Response to ""SAYA TAK PERNAH KECIL HATI DENGAN HAL TERSEBUT" - AYDA JEBAT"
Post a Comment