
CHINA. Dua orang lelaki terpaksa menangung azab
dan malu selepas tindakan mereka yang ingin mencuri anjing gagal malah leher
mereka turut 'dikalungkan' oleh bangkai anjing.
Memetik laporan Guiyang Evening News, lelaki
yang dikenali sebagai Xiao berkata, dia menyedari dua orang lelaki sedang
mencuri anjingnya kira-kira jam 6 pagi.
Dia kemudian bergegas meminta pertolongan
jirannya untuk menangkap pencuri terbabit yang pada ketika itu terjatuh ketika
cuba untuk melarikan diri dengan motosikal.
Kedua pencuri terbabit kemudiannya diikat oleh
penduduk kampung, malah dipukul serta leher mereka turut digantung dengan
bangkai anjing sebagai pengajaran di atas perbuatan itu.
Polis yang tiba di tempat kejdian selepas
menerima aduan kemudian cuba untuk meleraikan penduduk kampung, namun gagal dan
terpaksa mendapatkan bantuan tambahan untuk mengawal situasi berkenaan.
Pihak kerajaan Dujun berkata, lebih 100 anggota
polis dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membawa kedua pencuri berkenaan yang
ditahan oleh penduduk kampung lebih dari 10 jam dalam keadaan lapar serta
cedera.
Pencuri berkenaan kemudian dibawa ke balai
polis dan pihak polis turut akan menyiasat penduduk kampung yang terlibat
memukul kedua-dua pencuri berkenaan.
Kejadian itu menimbulkan pedebatan di kalangan
netizen yang menyalahkan penduduk kampung yang bertindak keterlaluan terhadap
pencuri berkenaan namun ada juga netizen turut menyokong tindakan terhadap kedua
pencuri berkenaan.
0 Response to "Dikalung Bangkai Anjing"
Post a Comment