Sebelum ini, kecoh di
laman sosial tentang luahan rasa tidak puas hati salah seorang stokis Naelofar
Hijab milik Noor Neelofa.
Neelofa bagaimanapun
telah tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini.
"Lofa hendak tegaskan
awal-awal yang ini hanyalah penjelasan Lofa. Tiada niat Lofa untuk menghentam
atau menunding jari siapa yang salah atau pun betul. Diharapkan dengan
penjelasan Lofa ini, sedikit sebanyak mampu menjernihkan keadaan dan persoalan
yang bermain di pemikiran peminat dan penggemar Naelofar Hijab.
"Mula-mula Lofa dapat
tahu akan hal ini, memang Lofa sedikit kecewa dan marah. Bukan marah dengan si
pengadu. Lofa terlebih dulu marah dengan kakitangan Naelofar Hijab. Bagaimana
perkara seperti ini boleh timbul? Bagi Lofa, jika ada aduan, pasti ada
kelompongan di mana-mana. Tapi marah Lofa tidaklah sampai mengamuk atau
bertindak di luar batasan. Lofa ambil pendekatan untuk siasat dan selidik
sendiri akan dakwaan yang timbul.
"Tanpa buang masa, Lofa
terus siasat sendiri. Nak dipendekkan cerita, dakwaan yang dilemparkan si
pengadu ternyata tidak berasas sama sekali. Memang benar individu tersebut
merupakan stokis bertauliah Naelofar Hijab. Tetapi selepas dibuat siasatan,
stokis tersebut memang mempunyai masalah yang hanya mereka sendiri
tahu.
"Lofa tidak mahu
jelaskan apa masalah stokis tersebut kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan,
cuma pesan Lofa kepada mereka yang hendak berurusan dengan pihak ketiga atau
mana-ana stokis untuk apa-apa produk sekalipun, agar jangan mudah terpedaya dan
termakan janji manis.
"Cara terbaik andai anda
berasakan si penjual tidak bersikap profesional dan melaksanakan perniagaan
mereka di luar daripada kebiasaan, segera batalkan urusan pembelian anda. Kerana
kesilapan dan tembelang hampir pecah, si pengadu mengambil langkah mudah dengan
meletakkan kesalahan ini di atas bahu Naelofa Hija. Ini semestinya satu perkara
yang tidak adil bagi pihak Naelofar Hijab.
"Untuk pengetahuan
pembaca, untuk menjadi stokis Naelofar Hijab buknalah mudah. Mereka yang
berhajat perlulah memenuhi pelbagai syarat yang sudah ditetapkan oleh pihak
Naelofar sendiri. Alhamdulillah kini Naelofar Hijab mempunyai lebih 700 stokis
berdaftar dan bertauliah. Walaupun proses pemilihan dan perlantikan stokis agak
ketat, namun ada ketika kita terlepas pandang perkara kecil. Dan inilah apa yang
berlaku kepada Naelofar Hijab.
"Bayangkan dengan 700
stokis yang pastinya ia bukan sesuatu yang mudah untuk pihak Naelofar Hijab
uruskan. Apabila ia membabitkan 700 stokis bermakna 700 ragam yang perlu kami
ikuti rentak mereka setiap hari. Tetapi Alhamdulillah sehingga kini tiada
sebarang masalah besar timbul.
"Kalau ada pun hanyalah
masalah komunikasi yang pantas diselesaikan pihak Naelofar Hijab. Tambah pula di
syarikat yang Lofa tubuhkan ini kami percaya stokis adalah nadi utama dan
jantung kepada kejayaan kami hari ini. Sekiranya perniagaan lain menitik
beratkan strategi pemasaran dengan melaburkan ratusan ribu ringgit untuk tujuan
publisiti besar-besaran di dada akhbar ataupun televisyen, di Naelofar Hijab
boleh dikatakan kami bergantung kepada konsistensi dan keupayaan stokis
kami.
"Pemasaran kami lebih
bersifat bersahaja dan mesra. Jadi sangatlah mustahuil untuk kami mensia-siakan
usaha dan kerja keras para stokis kami. Tanpa stokis, tidaklah Naelofar Hijab
berada sehingga ke tahap hari ini. Terkilan memang terkilan, tapi Lofa tidak
boleh jadikan ini sebagai satu alasan yang boleh mematahkan
semangat.
"Lofa harus ingat akan
sebab utama jalankan perniagaan ini dan mewujudkan sistem stokis. Lofa percaya
akan konsep rezeki di bumi Allah SWT ini ialah rezeki bersama dan perlu
dikongsikan. Lofa nak berkongsi rezeki Lofa bersama mereka yang lain,
terutamanya kaum wanita.
"Alhamdulillah hingga
kini banyak maklum balas positif yang sudah Lofa terima. Ada yang dahulunya
hanya seorang suri rumah yang bergantung kepada pendapatan suai semata-mata,
kini sudah mampu memiliki butik sendiri. Tidak kurang juga yang menjadikan
stokis sebagai sumber pendapatan kedua.
"Perkembangan ini
sememangnya sangat menggembirakan Lofa. Sekurang-kurangnya Lofa mampu
menyumbangkan sesuatu kepad amereka. Berjaya atau tidak, itu terpulang kepada
individu sendiri. Lofa hanya mampu menyediakan platform sahaja.
"Macam Lofa katakan di
awal tadi, Nota Neelofa pada minggu ini bukanlah bertujuan untuk menghentam.
Ianya hanya medan untuk Lofa menjelaskan apa yang termampu. Lofa hargai kritikan
yang diberikan. Berita yang sudah menjadi viral ini semestinya ada sisi positif
dan negatifnya.
"Sudut negatif, ia
membuatkan Lofa mengenali siapa yang lebih ikhlas dalam bekerja atau tidak.
Positifnya pula, sekurang-kurangnya ia telah membuka mata Lofa dan mengajar Lofa
untuk lebih berhati-hati dan cekap dalam menguruskan perniagaan. Sehingga
bertemu lagi, Assalamualaikum," jelas Neelofa panjang lebar.
0 Response to "NEELOFA BERI PENJELASAN ISU STOKIS NAELOFAR HIJAB"
Post a Comment