
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Shukri Yahaya
dan juga isteri, Tya Adnan kerana telah selamat diijabkabul dengan sekali lafaz
di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pasangan ini terlebih dahulu
mengadakan majlis berinai yang bertemakan Bollywood malam sebelum hari
pernikahan.
Sebelum ini, Shukri pernah
mengeluarkan kenyataan bahawa dia lebih selesa menggunakan duitnya sendiri untuk
majlisnya selain tidak akan mendedahkan jumlah wang hantaran yang bakal
diberikan kepada isterinya.
“Saya tidak menerima
penajaan besar untuk majlis. Ada tapi untuk benda-benda kecil seperti goodies
untuk tetamu. Kami lebih senang begini kerana saya lebih suka sesuatu yang
ringkas dan menggunakan duit kami sepenuhnya sendiri,” jelasnya.
Semoga pasangan ini akan
beroleh bahagia dan sentiasa dicurahi rezeki melimpah ruah. Malah peminat juga
turut berkongsi rasa gembira tersebut melalui komen mereka di laman sosial. Kami
kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis pernikahan dan juga
berinai..GAMBAR
IHSAN: Pepatung / Amir
Naufal Photography
0 Response to "GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN SHUKRI YAHYA & TYA ADNAN"
Post a Comment