SANGGUP memasukkan
binatang berbisa ke dalam mulut semata-mata untuk menghiburkan orang
ramai.
Itu
yang dilakukan oleh Tian Jiashi, 33, apabila dia menjadikan ular, kala jengking,
labah-labah dan binatang eksotik lain sebagai bahan untuk persembahannya.
Aksi
ganas dan pelik yang dilakukan oleh Tian itu mendapat sambutan ramai di China
dan ramai yang sukar percaya dia mempunyai `hubungan’ dengan binatang berbisa
itu.
Meskipun
Tian seronok kerana dapat membuat persembahan itu namun dia tidak terlepas
daripada mengalami kecederaan.
Sejak
memulakan persembahan itu lapan tahun lalu, Tian telah digigit beratus kali
malah mukanya pernah bengkak apabila lidahnya disengat labah-labah.
Tetapi
ia tidak menghalang Tian daripada meneruskan aktiviti kegemarannya itu.
Wang
yang diperolehinya digunakan untuk memelihara binatang berbisa terbabit dan dia
memiliki banyak koleksi binatang itu.
0 Response to "PELIK!! LELAKI SELAMBA MASUKKAN BINATANG BERBISA DALAM MULUT"
Post a Comment