INILAH
padahnya kalau cuba merompak orang yang salah!
Seorang
lelaki yang dipercayai cuba melakukan aktiviti merompaknya di sebuah bank di
China ini telah dibelasah sehingga pengsan oleh mangsanya sendiri.
Lelaki
yang berpakaian baju berjalur putih itu dilihat cuba merampas wang yang dipegang
oleh mangsanya ketika itu namun ditepis dengan pantas sebelum berlaku pergelutan
antara mereka berdua.
Kejadian
yang dikatakan berlaku di bandar Deyang, wilayah Sichuan di negara itu telah
dirakam oleh kamera litar tertutup atau CCTV di bank berkenaan.
Menurut
laporan media tempatan, lelaki berkenaan kini telah ditahan pihak berkuasa
tempatan selepas mangsanya membuat laporan berkenaan insiden terbabit.
0 Response to "VIDEO : AKIBAT CUBA MEROMPAK, LELAKI DIBELASAH SAMPAI PENGSAN"
Post a Comment