RIYADH – Jika disebut nama Radiah
Binti Sarip, mungkin ramai kalangan kita tidak mengenalinya, namun
kemunculan pramugari ini menerusi laman Instagram baru-baru ini mencetuskan
sensasi pengguna media sosial.
Gadis berusia 24 tahun yang kini berkhidmat dengan
syarikat penerbangan kebangsaan Saudi Arabian Airlines itu mula terkenal kerana
kecantikan rupa paras semula jadinya menjadi perbualan ramai netizen di seluruh
dunia.
Graduan Universiti Malaysia Pahang ini khabarnya
pernah bertugas sebagai model fesyen berhijab di negara kelahirannya, Malaysia
namun kini dilaporkan menetap di Jeddah dekat sini demi tuntutan kerjayanya
tersebut.
Foto-foto dirinya lengkap bertudung dengan memiliki
postur badan bertubuh tinggi benar-benar menjadi contoh kepada ramai remaja
perempuan Muslim untuk ‘berhijrah’ mengenakan hijab sebagai gaya hidup wajib
seharian.
Radiah sendiri terbukti menyerlahkan teladan
apabila membuktikan kecantikan seseorang wanita bukan terletak pada keseksian
pakaian yang mencolok mata lelaki, sebaliknya jelita waima mengenakan busana
patuh Syariah.
Saudi Arabian Airlines sendiri malah terkenal di
seluruh dunia sebagai antara syarikat udara komersial patuh Syariah selain Royal
Brunei Airlines, Iran Air dan paling baharu, Rayani Air Malaysia.
0 Response to "PRAMUGARI CANTIK ARAB SAUDI ASAL PAHANG JADI SENSASI NETIZEN"
Post a Comment