
Drama Hello Mr Perfect yang kini sedang ditayangkan menerusi slot
Akasia di TV3 nampaknya tidak berjaya menarik perhatian penonton. Beberapa
hari lepas, ada seorang penonton yang meluahkan drama tersebut tidak mempunyai
jalan cerita yang menarik selain pemilihan pelakon yang agak tidak bersesuaian
dengan watak.
Malah, ramai sebenarnya yang menantikan saat agar
drama ini cepat tamat kerana mengakui ia langsung tidak mempunyai
kualiti.
Lebih
membuatkan penonton merasa bosan adalah lakonan heroinnya Nur Ruhainies yang
langsung tidak dapat menjiwai watak Ain dan Alya dengan baik. Malah, beliau
kelihatan agak “kayu” ketika berlakon.
Meskipun dikritik, Nur
Ruhainies bagaimanapun enggan ambil pusing dengan komen-komen negatif yang
dilemparkan kepadanya dan mengambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat
untuk menjadi seorang aktres yang lebih baik di masa hadapan.
Sebelum
drama dilancarkan lagi saya sudah bersedia dengan segala kritikan. Fattah juga
pernah berpesan, setiap kritikan yang terima walaupun negatif haruslah
ditukarkan menjadinya positif. Itu merupakan semangat untuk terus tingkatkan
mutu lakonan seperti mana yang pernah dia lalui satu ketika
dahulu.
Pada pendapat kami lah, seorang pelakon baharu yang memang
tidak ada sebarang pengalaman dalam bidang seni tidak seharusnya diberi watak
utama dalam sesebuah drama. Penonton sekarang lebih pintar dan tidak mahu ditipu
dengan wajah cantik semata-mata sebagai heroin drama.
Pelakon
baharu juga perlu bijak mengatur kerjaya mereka, jangan ingat mahu popular cepat
anda terus terima tawaran untuk berlakon kerana ia akan ditayangkan di slot
Akasia yang sebelum ini mampu melonjakkan populariti seseorang artis ini. Tidak
semestinya begitu bukan? Jangan ambil jalan pintas..
0 Response to "Heroin Drama HELLO MR PERFECT DiKritik Peminat Dan Inilah Jawapannya"
Post a Comment