
Lihatlah reaksi seorang ibu yang begitu
gembira apabila diberi sebuah kejutan istimewa oleh anaknya yang baru berusia 23
tahun. Pasti ramai ibu-ibu mencemburui dirinya apabila dia menerima sebuah Audi
Q5 Quattro 2.0 sempena hari jadinya.
Imej: Koleksi peribadi Muhammad
Afham Fareez
IMEJ: KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD AFHAM FAREEZ
Tetapi rasa
cemburu itu cepat bertukar menjadi sebak apabila mendengar kata-katanya di video
ini berkenaan kejutan tersebut:
Ibu bertuah ini bernama Foziah binti
Idris merupakan seorang pembantu kakitangan di Akademi Latihan Pekan, Pahang
yang mempunyai 5 orang anak lelaki. Kejutan ini telah dibuat oleh anak lelaki
kedua, Muhammad Afham Fareez, di tempat
kerjanya.
Facebook
FACEBOOK
Menurutnya, dia berasa terharu, bangga
dan bersyukur dianugerahkan anak-anak lelaki yang sentiasa berlumba-lumba untuk
membuatkannya berasa gembira, dan mencurahkan bakti kepada dia dan
suaminya.
Afham Tunai Nazar
Muhammad Afham Fareez (Afham) atau
dikenali sebagai Angah di kalangan ahli keluarga berasa sangat gembira apabila
melihat reaksi ibu yang begitu teruja kegembiraan saat menerima kejutan
daripadanya.
Imej: Koleksi peribadi Muhammad Afham Fareez
IMEJ:
KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD AFHAM FAREEZ
“Saya berasa sangat gembira.
Tersangat-sangat gembira. Tidak pernah saya melihat ibu saya happy macam tu
hehe. Dalam hati saya yakin, apa yang saya lakukan itu sangat tepat.” ujar anak
jati Pekan, Pahang ini.
Afham turut menceritakan kepada Vocket bahawa dia
pernah berjanji untuk menghadiahkan sesuatu kepada ibu dan bapa sekiranya dia
mendapat pekerjaan selepas beberapa bulan menganggur. Janji itu telah dijadikan
sebagai satu nazar buatnya.
Asalnya Puan Foziah hanya meminta sebuah beg
tangan apabila mengetahui nazar anaknya itu tetapi bagi Afham, pemberian beg
tangan itu tidak dapat membuatkan ibu sentiasa mengingati dirinya sekiranya dia
tidak dapat balik kerana tuntutan tugas terutama di hari perayaan.
Imej:
Koleksi peribadi Muhammad Afham Fareez
IMEJ: KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD AFHAM
FAREEZ
“Saya tekad memberi hadiah kereta kepada ibu kerana keretanya sudah
rosak. Itu lebih baik dari saya membelinya handbag. Selain itu, beberapa bulan
yang lepas saya telah bercakap sambil jenaka dengan ibu, jika saya menghadiahkan
kereta, saya (Angah) berharap ibu akan sentiasa ingat Angah setiap kali
menggunakan kereta jika saya tidak balik. Terutama pada hari Raya.” terang
Afham.
Rancang Kejutan Istimewa Buat Ibu Seperti Hari Bermakna Dalam
Hidup Afham
Tanpa mendedahkan berapa lama tempoh bekerja sebagai
seorang juruterbang selepas tamat latihan di Asia Pacific Flight Training, Afham
sudah lama merancang kejutan ini bersama ayah dan abang.
“Saya sudah lama
merancang kejutan ini. Cuma saya tidak berkesempatan untuk membuat kejutan
istimewa ini dengan jadual yang padat dan masih menunggu hadiah kereta ini siap
sepenuhnya sebelum dihantar kepada ibu saya. Haha.
Kisahnya bermula pada
hari Jumaat 6hb November (2015), ibu saya bekerja pejabat di Pekan, Pahang.
Manakala, saya bekerja di Kuala Lumpur (KL). Sebaik sahaja saya tamat kerja,
saya terus pergi ke showroom berkenaan untuk mengambil kereta
tersebut.
Ayah serta abang saya telah berpakat untuk membuat kejutan ini.
Jadi, ayah saya sanggup datang ke KL dengan menaiki flight dan sama-sama membawa
pulang kereta ini.” jelas Afham.
Namun begitu, kejutan ini hampir-hampir
tidak menjadi kenyataan apabila rancangan asal buat kejutan di tempat ibu
bekerja pada pukul 3 petang telah berganjak ke pukul 5.30 petang disebabkan oleh
faktor hujan. Ibunya pula akan pulang ke rumah selepas tamat kerja pada pukul
5.00 petang.
“Asalnya untuk membuat surprise di tempat kerja ibu. Tapi
disebabkan kelewatan saya terpaksa berfikir satu cara untuk mengelakkan mak saya
balik awal.
Oleh itu, saya menyuruh abang saya memaklumkan kepada
emak bahawa ada baucer KFC dari Perodua (tempat kerja abang) untuk staf-staf dan
students di tempat kerja emak.
Emak tanpa fikir panjang terus setuju.
Haha! Jadi, saya meminta abang untuk belanja mereka semua dan saya akan membayar
balik (kepada abang). Pada masa itu ada lebih kurang 40 pelajar dan 5 orang
staf.
Imej: Koleksi peribadi Muhammad Afham Fareez
IMEJ: KOLEKSI
PERIBADI MUHAMMAD AFHAM FAREEZ
Dari situ lah bermula kejutan apabila saya
sampai pukul 5.35 petang dan mereka sudah habis makan. Abang saya serta staf dan
students lain telah menarik keluar ibu saya ke tempat kejutan.”
Ramai
yang bertanya kenapa Afham memuatnaik kejutan istimewa ini di media sosial dan
mengupah jurugambar untuk merakam detik-detik tersebut. Ini jawapan
Afham:
“Untuk (mereka) yang bertanya kenapa saya post event/hadiah itu di
social media dan mengupah fotografer ialah kerana saya beranggapan kalau kita
teruja dan happy jikalau sambut majlis harijadi/tunang/nikah dan ingin merakam
setiap detik manis, kenapa pula saya tidak boleh lakukan (perkara yang sama)
kepada satu-satunya emak saya.” tegas Afham.
Ibu Penyayang Tetapi Tegas
Orangnya
“Ibu adalah seorang yang penyayang dan tegas dengan
anak-anaknya. Ibu selalu menasihati kami tidak kira di mana sahaja secara
spontan.” kata Afham yang turut menyatakan ibu sering menasihatkan mereka
adik-beradik untuk selalu bersedekah dan berfikiran positif.
Baca: Kisah
Hutang Dilunaskan Melalui Keajaiban Sedekah Yang Menyentuh Hati
Kita
Pandangan Afham terhadap ibunya ini sejajar dengan kata-kata Puan
Foziah di dalam video dan komennya yang ditulis di Facebook
Afham.
Facebook
FACEBOOK
Selepas ini Afham bercadang untuk membawa
kedua ibubapanya mengerjakan umrah pada tahun hadapan.
Afham dan
#positivevibe
Facebook
FACEBOOK
Memegang nasihat ibu menjadi
seorang yang berfikiran positif, Afham berasa begitu besar nikmat dan hikmah di
sebalik anugerah Allah yang telah menghadiahkannya sebuah pekerjaan yang selesa
di usia muda ini dan dipermudahkan setiap cabaran yang
dihadapinya.
Peluang ini membolehkan dia berbakti kepada ibu bapa sebelum
dia fokus kepada perkahwinan dan lain-lain. Afham turut percaya berkat ketaatan
dan menggembirakan ibu bapa akan membuatkan rezeki tidak terputus.
“Saya
menyeru dan berharap kepada anak-anak muda di luar sana supaya berbakti kepada
ibu bapa mereka. Janganlah kita berkira dengan ibu bapa kita. Mereka tidak
pernah berkira dengan kita. Jangan rasa takut untuk mewahkan ibu bapa.
Percayalah, rezeki akan datang tidak putus selepas itu. Selalulah menggembirakan
ibu bapa ya!” jelas Afham, yang merupakan bekas pelajar MRSM Kuantan dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Facebook
FACEBOOK
Sebelum
mengakhiri temubual ini, saya sempat bertanya kepadanya adakah menjadi
juruterbang itu adalah cita-cita sejak dari kecil. Jawapan Afham membuatkan saya
bertambah rasa kagum terhadapnya.
“Sebenarnya cita-cita saya adalah untuk
menjadi seperti ayah saya iaitu jurutera. Tetapi ayah saya teringin untuk
menjadi seorang juruterbang tapi tidak kesampaian, dan sejak dari itu saya
tanamkan dalam diri saya untuk menjadi juruterbang pertama dalam kelompok
keluarga saya.”
Facebook
FACEBOOK
Terima kasih kepada Tuan Muhammad
Afham Fareez yang sudi bekerjasama dan meluangkan masa untuk sesi temubual
bersama Vocket. Semoga terus membahagiakan kedua ibu bapa sehingga ke akhir
hayat.
0 Response to "Menarik!! Kisah Sebenar Disebalik Pilot Muda Menghadiahkan Kereta Mewah Kepada Ibunya"
Post a Comment