
KHAMIS, 19 NOVEMBER 2015 - 12:30AM KUALA LUMPUR: Polis Filipina
sudah memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai penemuan mayat
dipercayai tawanan rakyat Malaysia yang dibunuh, Bernard Then Ted Fen, di Pulau
Indanan, Jolo.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pengesahan DNA akan
dibuat terhadap mayat berkenaan. "@PDRMsia sudah dimaklumkan oleh polis Filipina
satu mayat dipercayai Bernard telah ditemui di Pulau Indanan, Jolo.
Kita akan sahkan dengan DNA," katanya menerusi entri Facebook beliau
sebentar tadi. Bernard, 39, yang berasal dari Sarawak, diculik kumpulan militan
Abu Sayyaf bersama pengurus restoran Thien Nyuk Fun, 50, dari restoran Ocean
King Seafood di Sandakan pada 15 Mei lalu.
Beliau dilaporkan dipenggal kumpulan militan berkenaan kira-kira jam 4
petang semalam di Kepulauan Jolo. Sementara itu, Thien dibebaskan pada 8
November lalu.
0 Response to "Isu Hangat!! Persoalan Tebusan Malaysia Dipenggal Oleh Pengganas Abu Sayyaf Akhirnya Terjawab"
Post a Comment