Seorang lelaki yang bosan kerana gagal mencari teman hidup mengambil keputusan
berkahwin dengan pizza.
Menurut Dailystar, jabatan pendaftaran
perkahwinan dan pihak gereja bagaimanapun tidak membenarkan lelaki berkenaan
berbuat demikian.
Kata lelaki berkenaan, kawan-kawannya selalu mengkritik
pasangan masing-masing sambil mendakwa hubungan cinta mereka tidak
sempurna.
"Hubungan cinta diantara dua manusia adalah kompleks," kata
lelaki tersebut.
"Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya boleh
'merasa' cinta saya terhadap makanan dan cinta terhadap makanan kekal sama tidak
kira apa berlaku.

"Pizza
tidak akan menolak (lamaran perkahwinan) atau mengkhianati anda. Saya sayangkan
dia (pizza)," jelasnya lagi.
Restoran yang terlibat dalam upacara perkahwinan lelaki
berkenaan telah menyediakan 'sijil perkahwinan' dan memakaikan pakaian pengantin
pada pizza tersebut.
Sumber: Sinarharian
0 Response to "Hilang Akal & Menjijikkan! Lelaki ini berkahwin dengan Pizza kerana gagal cari jodoh wanita"
Post a Comment