Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang pernah berkawan rapat suatu ketika dahulu
bersama aktor Zul Ariffin berkata dia tidak pernah berkecil hati atau mengambil
perkara tersebut menjadi serius.
Malah bagi Ayda, apa yang dilakukan oleh Zul tidak ada kena mengena dengan
dirinya dan dia tidak ambil pusing akan hal remeh sebegitu.
“Saya tidak
ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya.
Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang
dirasakan tidak perlu,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Muzik-Muzik
Separuh Akhir petang kelmarin.
Jelasnya lagi, ada di antara peminat tidak bersetuju dengan tindakan Zul
memadam gambar-gambar tersebut. Bagaimanapun, Ayda menjelaskan dia tidak akan
memadam mana-mana gambarnya di Instagram dengan mana-mana artis sekalipun kerana
bagi dirinya itu adalah kenangan dan mempunyai nilai sentimentalnya yang
tersendiri.

Selain itu, Ayda menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk berganding
bersama Zul dalam mana-mana drama bagaimanapun ketika ini jadual mereka
masing-masing padat.
Sumber: Rotikaya






0 Response to "Menitiskan Airmata! Ini luahan sayu Ayda Jebat setelah Zul Ariffin padam semua foto-foto romantik mereka di Instagram"
Post a Comment