
RAKAMAN video aksi
seorang lelaki dipercayai bapa kepada seorang murid di sebuah sekolah
‘menyerang’ seorang guru wanita kerana mendakwa anaknya ‘dilempang’ menjadi
sensasi menerusi media sosial.
Kejadian dikatakan
berlaku di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Hutan Melintang, Perak apabila
lelaki tersebut dilihat menyerbu sekolah terbabit, sebelum menyerang guru itu
dalam satu majlis.
Menerusi video tersebut,
pada mulanya lelaki berkenaan cuba ditenangkan oleh seorang pengawal keselamatan
wanita di sekolah itu, namun tidak diendahkan olehnya.
Dia terus memanggil nama
seorang guru dengan berkata “Cikgu Hamizah mana? Kenapa suka-suka cikgu
nak lempang dia kenapa?,” jerit kuat bapa kepada murid
terbabit.
Bagaimanapun, guru
tersebut yang dikenali sebagai Hamizah Hamid, 35 tahun; dilihat tenang dan
menafikan sekeras-kerasnya dakwaan telah melempang anak lelaki
tersebut.
Suasana bertambah kecoh
apabila bapa murid itu turut mendakwa anaknya terpaksa dibawa ke klinik bagi
rawatan dan sebagai menunjukkan bukti, dia mengeluarkan ‘surat pengesahan’
doktor yang menyatakan anaknya cedera akibat dilempang.
Namun, detik cemas itu
bertukar kegembiraan apabila aksi menyerang guru itu hanyalah lakonan
atau ‘prank’ semata-mata bagi tujuan menyampaikan hadiah kepada Cikgu
Hamidah yang memenangi sebuah beg tangan berjenama mewah, Louis Vuitton yang
dikatakan bernilai RM3,700.
Video tersebut
diterbitkan oleh Sinar Studios Production bagi segmen ‘Redah Kasi Hadiah’ dan
dimuat naik menerusi laman YouTube SinarTV pada 16 November lalu. – SUMBER
MYNEWSHUB.CC
0 Response to "(Video) Aksi Bapa ‘Serang’ Guru Wanita Tambat Hati Netizen"
Post a Comment