
NIAT murni guru dan sekumpulan
pelajar sebuah sekolah agama mengadakan bacaan surah Yasin dan solat hajat di
tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menerima kritikan dan kecaman ibu
bapa.
Ini berikutan, ramai
menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘tidak bijak’ kerana boleh membahayakan
nyawa para pelajar.
Memetik laporan mStar online,
bapa kepada dua anak, Shah Julian Aman Shah mempersoalkan tindakan pihak sekolah
membenarkan aktiviti seumpama itu dijalankan di kawasan
berbahaya.
“Pihak berkuasa sekolah
seharusnya mencari tempat yang lebih sesuai. Dan adakah pihak sekolah meminta
kebenaran daripada ibu bapa?” soalnya.
Ibu kepada Marlinda Abd Rahman
turut menyifatkan, niat murni tidak menghalalkan cara kerana ianya
salah.
“Siapa benarkan mereka
mengadakan solat di tempat seperti itu? Adakah mereka sebenarnya meminta
kebenaran daripada ibu bapa atau polis ataupun pihak berkuasa lebuhraya?” komen
Marlinda.
Ahad lalu, gambar sekumpulan
pelajar dan guru sedang duduk beralaskan tikar di lorong kecemasan di LPT2
tersebar hingga menjadi viral di laman sosial Facebook. Sebuah bas turut dilihat
diletakkan berhampiran lokasi mereka.
Menurut satu sumber, guru dan
para pelajar terbabit sedang membaca ayat Al-Quran bagi mendoakan keselamatan
pengguna lebuhraya itu yang sejak kebelakangan ini sering ditimpa
musibah.
Dalam pada itu Pengarah
Jabatan Pendidikan negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata, pihaknya
akan menyiasat dan memanggil guru yang terlibat.
Sumber:mStar Online
0 Response to "Ibu Bapa Pelajar Berang Sekolah Adakan Solat Hajat Tepi LPT2"
Post a Comment