
Kadangkala tidak
terfikir dek akal dengan tindakan sesetengah masyarakat yang masih lagi
mengamalkan ilmu kotor, tidak kira sama ada dengat niat menjatuhkan seseorang,
cemburu dan sebagainya.
Kini pelakon Emma Akma
juga turut menjadi mangsa. Beliau memaklumkan dia baru sahaja kembali sihat
selepas hampir setahun menderita penyakit busung akibat perbuatan
sihir.
Menurut Emma atau nama
sebenarnya Emma Akma Yunus, 46, pada mulanya doktor mengesahkan beliau menghidap
penyakit Cist dan perlu melakukan pembedahan segera namun terpaksa ditangguhkan
disebabkan wang tidak mencukupi untuk melakukan pembedahan
tersebut.
Pelbagai cara dilakukan
bagi mengubati penyakit tersebut namun gagal sehinggalah beliau berubat secara
tradisional dan mengetahui ada pihak yang menghantar sihir
kepadanya.
“Penyakit ini mula
serius sejak Oktober tahun lalu dan doktor mengesahkan saya hidap penyakit Cist
dan perlu melakukan pembedahan dengan segera.
“Memandangkan tak cukup
wang, saya tangguh dahulu. Sementara itu, macam-macam cara saya cuba untuk
mengubati penyakit ini termasuklah cara tradisional dan moden. Namun tiada
perubahan.
“Sehinggalah saya
berjumpa dengan seorang pakar dalam ubatan tradisional, penyakit itu dapat
disembuhkan dan perut saya kembali normal. Sukar dibayangkan keadaan ketika itu
badan menjadi lemah, sehingga sukar untuk bangun,” katanya.
Menerusi Kamus Dewan,
busung ialah penyakit gembung perut yang berisi air akibat sesuatu
penyakit.
Sementara itu, Emma
berkata, sehingga kini dia tidak tahu siapa yang ‘menghantar’ sihir itu dan pada
masa sama enggan tahu individu berbuat demikian.
Malah Emma mengambil
pendekatan untuk hadkan beriadah bersama rakan-rakan dan lebih banyak
menghabiskan masa di rumah.
“Saya ada juga tanya
kepada mereka yang mengubat saya. Tetapi mereka cuma berkata ramai yang cuba
mengenakan saya.
“Jadi sejak sihat
beberapa bulan lalu, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan kurangkan
pergaulan dengan rakan-rakan. Maklumlah, di dalam industri ini, dalam yang suka,
pastinya ada yang membenci.
“Apa yang saya dedahkan
di sini di harap dapat diambil iktibar oleh orang lain. Sebab kita tidak tahu,
orang yang paling dekat dengan kita mungkin orang yang paling benci kita,”
ujarnya.
Ditanya mengenai
perkembangan karier lakonan pula, kata Emma, sejak menderita sakit busung itu
dia tidak lagi menerima sebarang tawaran lakonan. - SUMBER
GOSIPMALAYSIA.COM
0 Response to "PENDEDAHAN EMMA AKMA DI SIHIR MENGEJUTKAN ORANG RAMAI"
Post a Comment