“Bila
Ummi pam susu, Ummi fikir susu itu nanti akan mengenyangkanmu. Hari ini, susu
ini sudah tidak ada tuannya.”
Sayang,
Dua hari sudah bila Ummi pam susu, Ummi fikir susu itu nanti
akan mengenyangkanmu. Hari ini, susu ini sudah tidak ada tuannya. Ummi pam lagi,
tapi susu ini sudah tiada tuannya. Ummi pam lagi, tapi susu ini sudah tiada
tuannya.
Sayang,
Ummi fikir di hujung perbatuan perjalanan panjang
ini, Ummi akan duduk menghadap langit bersama tertawa denganmu. Semalam, di
hujung perbatuan Ummi melihat kamu didakap bumi. Damailah sayang, Allah
memelukmu erat bahkan lebih erat dari pelukan Ummi yang cuma beberapa
kali.
Sayang,
Ummi fikir ada satu waktu Ummi akan potong kukumu dan
cukur rambutmu. Rupanya Allah hantar dan ambilmu tanpa ada terkurang sedikitpun.
Ummi fikir, akan ada waktu kita bermain bersama, rupanya kamu Sang Wildan yang
akan bermain di syurga.
Sayang,
Mendengar setiap satu kata doktor,
mencarik lumat hati Ummi. Membaca semua analisamu bagai jantung Ummi tertusuk
duri. Masih terngiang bunyi detik mesinmu, masih terbau bauan ICU, masih panas
kejap genggam tanganmu, masih teringat waktu-waktu Abi dan Ummi menunggu di luar
dan minta kebenaran masuk. Masih teringat waktu Abi dan Ummi tinggalkan Along
dan Angah di luar untuk berjumpa doktor.
“Sayang, Ummi redha kalau kamu mahu
pergi”
Sayang,
Hari
pertama oksigenmu turun, hati Ummi sudah terdetik. Bersangka baik dengan aturan
Allah tapi Ummi redha kalau kamu mahu pergi. Petangnya, oksigenmu masih sama.
Setiap detik Ummi teringatkanmu, terjaga dari lena teringatkanmu. Doa Ummi
sentiasa untukmu. Harapan Ummi tidak padam, tapi Ummi redha semua
kemungkinan.
Sayang,
Doktor tunjuk analisa darahmu. Sayang, Ummi
adalah Ummi yang membaca analisa dengan tahu. Tapi Ummi adalah Ummi, pedih
sayang. Pedih sekali hati ini. Doktor tunjuk oksigen darahmu turun, karbon
dioksida naik, lactatemu naik dan darahmu jadi berasid. Ubat untuk kuatkan
jantung sudah dipasang kembali. Ubat untuk keluarkan kencing sudah diberi.
Nutrisi dan ubat sudah diberi tapi yang keluarnya sikit sekali. Tiada apa lagi
usaha, dialisis perlu dilakukan untuk keluarkan air dari tubuhmu. Abi dan Ummi
setuju, kita usaha hingga akhirnya. Doktor bilang lagi, nanti bila perutmu
ditebuk kalau cecairnya jernih dialisis boleh dilakukan. Jika tidak, setakat itu
sajalah usaha kita. Jam 5, doktor katakan dialysate sudah dipasang. Ummi lega.
Jam 6, kami mahu pulang. Ummi mahu pam susu. Abi mahu mandikan Along dan Angah
yang tertidur di bangku luar.
Sayang,
Abi, Ummi, Along dan Angah
sedang beli air. Telefon Ummi berbunyi. Bergetar tangan Ummi, Ummi hulur telefon
kepada Abi. Tak kuat rasanya menerima khabar. Abi pandang Ummi. “Doktor suruh
naik, condition tidak baik”.
Sayang,
Ummi lihat tubuhmu di
pembaringan. Doktor bius tunjukkan analisis darahmu. Makin berasid berbanding
tadi. Dialisis tidak berjaya. Mr Hafiz pula bilang, tiada apa boleh dilakukan.
Semua yang lain dikekalkan. Jika jantungmu berhenti, dia cadangkan kami biarkan
saja.
“He’s not gonna make it, CPR will just prolong another few hours,
he’s not gonna make it. Kesiankan dia.” Mr Hafiz pandang tepat ke mata Ummi.
Ummi angguk perlahan. Abi setuju.
“You will see all the parameters reducing
very fast, very fast” kata Dr Bius. “We have done our best. We are sorry.”
Diambilnya tisu. Diberinya Abi Ummi duduk. Beberapa kali dia cuba tenangkan
kami. Ummi bawa Along dan Angah masuk. Pertama kalilah itu, mereka
menatapmu.
“Pergilah sayang. Tunggu kami di sana. Ummi halalkan susu Ummi,
Ummi halalkan semua”
Sayang,
Abi
pegang dadamu. Ummi lihat wajahmu, “Pergilah sayang. Tunggu kami di sana. Ummi
halalkan susu Ummi, Ummi halalkan semua”. Wajahmu yang merah menjadi
kebiru-biruan, berubah kuning lalu putih. Mr Hafiz tunggu sehingga ke saat
akhir. Dadamu masih berombak, tapi Ummi tahu sayang telah tiada.
“Have a
look on the screen. I am satisfied that he has pass his last breath. The
breathing is artificial from the machine”. Ummi angguk. Jam sudah hampir
7.20.
“Time of death, 7.06pm”
Pergilah sayang, kami redha.
Perjalanan rindu ini sudah bermula. Bermainlah dengan sepuasnya. Bergembiralah.
Nanti kita bertemu kembali. Tariklah Ummi dan Abi, keluarga kita dan semua yang
beri dokongan, sokongan, doa dan bantuan. Berkumpullah kita nanti dalam
syurgaNya.
Sayang, Ummi rindu. Rindu sekali.
Ketemu lagi nanti
Muhammad Uwais. Rindu Ummi sentiasa untukmu.
Ummi Lily.
Dalam pada
itu, luahan daripada ayah kepada adik Uwais pula membuatkan kami bertambah
sebak
Uwais sudah Abi hantar untuk berjumpa Allah, Bergembiralah
sayang
Assalamualaikum Uwais
Setiap petang Abi akan ziarahi Uwais
Tapi berbeza sekali petang
ini
Uwais sudah Abi hantar untuk berjumpa Allah
Bergembiralah
sayang
Terima kasih Allah
Kerana menghadirkan Uwais untuk Abi selama
38hari
Terima kasih Allah
Kerana meminjamkan Uwais untuk Abi buat
sementara waktu
Abi redha pemergianmu sayang
Uwais akan Abi selalu
kasih
Uwais akan Abi selalu rindu
Janji dengan Abi
Uwais akan tunggu
Abi, Ummi, Along Iman & Angah Furqan nantiAbi sayang Uwais
Abi sayang
Uwais
Abi sayang Uwais
Assalamualaikum sayang
“Menulis
bukan kerana nama
Hanya cerita tentang rasa”
Abi Iman Furqan
Uwais
28102015
15Muharram 1437
1717
Sumber : Sayuti Wan Chik , Lily Moha
0 Response to "Ibu Redha Pemergianmu Anak Menemui PenciptaMu, Sampai Nanti Kita Berjumpa Lagi"
Post a Comment