
Baru-baru ini industri seni
tanah air sedikit kecoh dengan tindakan pengarah, Azma Aizal yang memukul
pelakon di bawah arahannya, Ika Nabella baru-baru ini.
Ika kemudian tampil
memberikan penjelasan mengenai insiden itu melalui rancangan Melodi yang
bersiaran hari ini.
“Second
day shooting, bersama dengan pengarah tiba-tiba pengarah bertindak memukul saya
di kedua-dua belah muka saya, bertubi-tubi menggunakan tangan dan membaling
botol air mineral ke arah saya, menarik rambut saya tanpa sebab”
“Seorang
lagi pelakon di tempat kejadian cuba untuk meredakan keadaan dengan memeluk
saya. Dia stop dan berlalu pergi. Ini adalah kali ketiga saya bekerja dengan
pengarah itu. Saya tak pernah ada masalah dengan dia”
“Lepas
dia pukul saya, diaorang lunch break, dia datang berjumpa saya, bercakap
mengenai lakonan saya. Dia cakap reaction sebegini yang dia mau. Dia ambil
video, rakam wajah saya selepas dipukul itu”
“Mungkin
betul, feel saya tak seperti yang dia mahukan (sambil tunjuk video yang dirakam
pengarah). Saya rasa dia pukul saya sebab dia nak saya feel reaction tu la. Dia
ada mention reaction (yang pengarah mahukan) selepas dia pukul saya tu,” jelas Ika memetik
laporan Rotikaya.
Ika kini sudah pun beransur
pulih dan berkata dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembabitan
dalam drama tersebut. - Siakapkeli.my
0 Response to "Ika Tampil Perjelas Mengapa Dia Ditumbuk Pengarah"
Post a Comment